• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Artikel

      Sumbangan Islam Terhadap Peradaban Dunia Dalam Konteks Toleransi Agama

      • Encik Suzalie Bin Mohamad
      • 26/01/2002

      Dalam sejarah peradaban dunia, sudah wujud agama-agama yang terpesong daripada mesej sebenar yang berpegang kepada Tuhan yang satu. Kedatangan Islam merupakan satu transisi peradaban yang membawa perubahan besar terhadap kehidupan manusia yang bertujuan untuk membawa umat manusia kembali ke jalan yang sebenar.

      Bangsa yang terdahulu tinggal dalam zaman kegelapan dan kemunduran dari segi akidah dan sistem kerohanian yang berpaksikan kepada kewujudan Tuhan yang satu. Fenomena ini tidak pernah dipinggirkan oleh Islam, seperti mana nabi Muhammad s.a.w. menghormati dan melayani agama-agama lain yang sudah lama wujud dengan penuh keadilan.

      Pada hakikatnya, Islam telah membentuk peradaban dunia baru tanpa meminggirkan agama-agama lain yang lampau dan tidak pula fanatik terhadap pendapat-pendapat dan mazhab-mazhab yang lain. Apa yang ingin disampaikan oleh Islam ialah sepertimana firman Allah swt. dalam surah az-Zumar ayat yang ke 17 dan 18 yang bermaksud;

      “Berikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaik daripadanya”

      Oleh yang demikian, di antara prinsip-prinsip peradaban Islam dalam konteks toleransi agama dapat ditakrifkan seperti berikut;

      a) Sumber yang Satu 
      Agama-agama langit seluruhnya berasal dari satu sumber. Allah berfirman;

      “Allah telah menetapkan agama bagimu sebagaimana yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh, dan apa yang kami wahyukan kepada engkau dan kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa, iaitu; Dirikanlah agama itu dan janganlah berpecah belah di dalamnya”

      (as-Syura :13)


      b) Para Nabi Adalah Bersaudara

      Tidak ada sebarang perbezaan di antara para nabi samada dari segi kelebihan dan kekurangan di antara satu sama lain kecuali memiliki satu risalah atau mesej yang sama. Sepertimana firman Allah yang bermaksud;

      “katakanlah: kami beriman kepada Allah dan Kitab yang diturunkan kepada kami (al-Quran) dan kitab-kitab yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma�il, Ishak, Ya�qub dan anak-anaknya, begitu juga kami percaya kepada kitab yang diturunkan kepada Musa dan Isa dan kitab-kitab yang diturunkan kepada seluruh nabi dengan tidak kami bedahkan di antara salah seorang dari mereka dan kami semua tunduk kepadaNya (beragama Islam)”

      (al-Baqarah:136)


      c) Tidak Ada Paksaan dalam Agama

      Aqidah tidak boleh dipaksa, tetapi harus ada penerimaan dan keredaan dalam aqidah itu, sepertimana yang difirmankan oleh Allah swt. yang bermaksud;

      “Tiada paksaan dalam agama” (al-Baqarah:256)

      dan dalam ayat yang lain , Allah berfirman yang bermaksud;

      “Patutkah engkau memaksa manusia sampai mereka beriman?

      (Yunus:99)


      d) Penghormatan Terhadap Agama yang Lain

      Tempat-tempat ibadah bagi agama-agama Ilahi dihormati dan harus dibela serta dilindungi seperti perlindungan terhadap masjid-masjid kaum muslimin. Allah berfirman yang bermaksud;

      “Apabila Allah tidak mempertahankan manusia antara satu sama lain, nescaya robohlah gereja orang Nasrani, Yahudi dan masjid orang Islam yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

      (al-Hajj:40)


      e) Kerjasama dalam Melaksanakan Kebaikan dan Memerangi Kejahatan

      Perbedaan di antara sesama manusia dalam agama mereka tidak patut menyebabkan sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lainnya, atau sebahagian mereka mengganggu sebahagian yang lain, tetapi haruslah mereka saling menolong dalam kebaikan dan memerangi kejahatan. Allah berfirman yang bermaksud;

      “hendaklah kamu saling menolong di atas kebaikan dan ketaqwaan dana jangan saling menolong di atas dosa dan permusuhan”
      (al-Maidah:2)


      f) Kepastian dan Hukum Hanya Datang daripada Allah swt.

      Adapun pemutusan di antara mereka dalam perkara yang mereka perselisihkan, maka Allah sajalah yang menghukum di antara mereka di hari Kiamat nanti. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah swt. yang bermaksud

      “Orang Yahudi berkata: Tidaklah orang Nasrani berada dalam kebenaran sedang mereka membaca Al-Kitab. Begitu pula orang-orang yang tidak mengetahui berkata seperti perkataan mereka, Allah menghukum di antara mereka pada hari kiamat dalam perkara yang mereka perselisihkan”

      (al-Baqarah:113)


      g) Kepelbagaian Agama Memupuk Keharmonian Hubungan Sosial Umat Manusia

      Perbedaan dalam agama-agama tidak seharusnya menghalang daripada melakukan kebaikan, hubungan kekeluargaan dan penghormatan. Allah berfirman yang bermaksud;

      “Hari ini kami halalkan bagi kamu makan-makanan yang baik dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab (Yahudi dan Nasrani) halal bagimu sedang makananmu halal bagi mereka dan boleh kamu mengahwini orang-orang perempuan terpelihara dari ahlil kitab sebelum kamu”

      (al-Maidah:4)


      h) Penyelesaian Perbedaan Pendapat dalam Agama Berlunaskan Keharmonian

      Jika manusia berselisih mengenai agama-agama mereka, maka mereka boleh berdebat dengan cara yang baik, dalam batas-batas sopan santun, hujah-hujah, dan keupayaan dalam menimbulkan keyakinan. Allah berfirman yang bermaksud;

      “Janganlah kamu berdebat Ahlil-Kitab, kecuali dengan perkataan yang lebih baik”

      (al-Ankabut:46)
      Di samping itu, tidak boleh berkata buruk kepada lawan, dan tidak boleh mencaci maki aqidah-aqidah mereka, meskipun mereka penyembah berhala. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah swt. yang bermaksud;

      “Janganlah kamu mencaci maki orang-orang yang menyeru kepada selain daripada Allah sehingga mereka memaki Allah secara aniaya tanpa pengetahuan”

      (al-An’am:108)


      i) Perlindungan Aqidah dan Penolakan Fitnah 

      Apabila umat diganggu akidahnya, wajiblah serangan itu dibalas untuk melindungi aqidah dan menolak fitnah. Allah swt. berfirman yang bermaksud;

      “Perangilah mereka sampai tidak terjadi fitnah dan hingga agama dikhususkan bagi Allah”

      (al-baqarah:193)
      Dan dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud;

      “Sesungguhnya Allah melarangmu mengangkat pemimpin (pemerintah) dari orang-orang yang memerangi kamu lantaran agamamu dan mengusir kamu dari tanah airmu dan membantu mengusir kamu”

      (al-Muntahinah:9)


      j) Sifat Belas Kasihan dan Ihsan

      Apabila ummat menang terhadap mereka yang menyerangnya dalam agama, atau ingin merampas kemerdekaannya, maka tidak boleh membalas mereka dengan memaksa mereka agar meninggalkan agama mereka, atau menindas mereka dalam aqidah mereka, dan cukuplah mereka mengakui kekuasaan negara dan bersikap ikhlas kepadanya hingga menjadi hak mereka adalah hak kita dan kewajipan mereka adalah kewajipan kita.

      Prinsip-prinsip peradaban Islam sepertimana yang tersebut di atas telah dipraktikkan sepenuhnya sepanjang kehidupan Rasullullah. Kemudiannya para khalifah selepas kewafatan Nabi saw. mengikut petunjuk Rasul yang mulia dalam toleransi agamanya yang memiliki kecenderungan manusiawi yang tinggi. Toleransi agama dalam peradaban Islam diakui oleh beberapa tokoh sejarah dan cendekiawan Barat, di mana terdapat tiada tandingannya dalam sejarah masa-masa silam. Mr. Draper, orang Amerika yang masyhur berkata;

      Sesungguhnya orang-orang Muslim terdahulu di zaman khalifah tidak hanya memperlakukan para ahli ilmu dari kaum Nasarani Nasthuriyyun dan orang-orang Yahudi dengan sekadar penghormatan bahkan mereka menyerahkan banyak pekerjaan besar kepada orang-orang Nasrani dan Yahudi itu dan menaikkan mereka ke jabatan-jabatan negara, hingga Harun Ar-Rasyid meletakkan seluruh sekolah di bawah pengawasan Hanna bin Masuwaih tanpa memandang negeri di mana orang alim itu hidup mahupun agama asalnya, akan tetapi hanya memandang kepada kedudukannya dalam ilmu pengetahuan. 

      Penulis sejarah yang masyhur Wale dalam pembahasannya tentang ajaran-ajaran Islam mengatakan; 

      Sesungguhnya ajaran-ajaran Islam didirikan di dunia sebagai tradisi-tradisi besar untuk perlakuan yang adil dan mulia, dan ia meniupkan kepada manusia ruh kemurahan dan kemudahan sebagaimana ia memiliki watak manusiawi dan mudah untuk dipraktikkan. Ajaran-ajaran Islam menciptakan masyarakat manusiawi yang jarang terdapat kebengisan dan kezaliman sosial dibandingkan dengan masyarakat mana pun yang mendahuluinya’..hingga ia berkata tentang Islam; sesungguhnya ia (Islam) penuh dengan jiwa keramahan, kemurahan, dan persaudaraan.

      Arnold berkata tentang mazhab-mazhab agama di antara golongan-golongan Kristian bahawa;

      …Akan tetapi prinsip-prinsip toleransi Islam mengharamkan perbuatan-perbuatan seperti ini yang mengandungi kezaliman, bahkan terhadap kaum muslimin berlainan dengan mereka, kerana kita melihat bahawa mereka berusaha sekuat tenaga melayani dan memperlakukan rakyat-rakyat mereka yang beragama Kristian dengan adil dan bijaksana.

      Berdasarkan kepada toleransi agama yang dituntut dalam Islam dan hujah-hujah oleh sarjana Barat sendiri mengenai toleransi seperti ini, jelaslah bahawa sumbangan peradaban Islam terhadap peradaban dunia amat besar yang mengandungi nilai-nilai keamanan dan keharmonian sejagat. Oleh itu tidak sewajarnya umat Islam dilabelkan sebagai suatu bangsa yang cenderung kepada kebengisan dan keganasan. Anggapan dan tuduhan yang fanatik sebegini terhadap agama Islam adalah tidak berasas. Dunia Barat harus membuka fikiran lebih terbuka dan harus belajar dari kesilapan mereka dalam fanatisme agama memerangi umat Islam dalam perang-perang Salib, peperangan di Sepanyol dan lain-lain.

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2020 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter