Kelab IKIM di Pusat Jagaan Al-Fikrah
Kelab IKIM di bawah kelolaan Biro Sosial dan Kemasyarakatan telah mengadakan Program Lawatan Amal Kebajikan ke Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang pada 3 Mac. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan ahli kelab bekerjasama dalam satu pasukan, mempraktikkan “Kounikasi Interpersonal” di kalangan warga tua, menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dengan keluarga masing-masing dan menanamkan rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.
Pusat Jagaan Al-Fikrah didiami seramai 70 orang termasuk lelaki dan wanita dan mereka ini terdiri daripada mereka yang tiada waris, orang kurang upaya, warga emas, mualaf dan bekas pesakit hospital yang tiada tempat perlindunggan. Di pusat itu juga terdapat aktiviti yang dijalankan oleh penghuninya seperti berkebun dan menternak ayam puyuh, ayam, itik dan ikan keli.