• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Khidmat Pengurusan & Kewangan
      • Khidmat Pengurusan & Kewangan
      • Pejabat Pengarah (BKP & KEW)
      • Unit Kewangan & Pelaburan
      • Unit Pentadbiran & Perolehan
      • Unit Integriti & Kualiti
      • Unit Teknikal & Prasarana
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
      • Unit Sumber Manusia
    • Pusat Media
      • Pusat Media
      • Pejabat Pengarah
        • Pejabat Pengarah
        • IKIMfm
          • IKIMfm
          • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Bahagian tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pengenalan Bahagian Ekonomi Dan Pemasaran (BEP)
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Sewaan Kemudahan
    • Pengiklanan @ IKIMfm 2019
    • Pengurusan Acara
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    • MEDIA
      • MEDIA
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • ARTIKEL
      • ARTIKEL
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Strait Times
    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Khidmat Pengurusan & Kewangan
        • Khidmat Pengurusan & Kewangan
        • Pejabat Pengarah (BKP & KEW)
        • Unit Kewangan & Pelaburan
        • Unit Pentadbiran & Perolehan
        • Unit Integriti & Kualiti
        • Unit Teknikal & Prasarana
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
        • Unit Sumber Manusia
      • Pusat Media
        • Pusat Media
        • Pejabat Pengarah
          • Pejabat Pengarah
          • IKIMfm
            • IKIMfm
            • Unit Kejuruteraan Penyiaran
          • Bahagian tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pengenalan Bahagian Ekonomi Dan Pemasaran (BEP)
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
          • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
          • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
            • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
            • Seksyen Kawalan Kredit
            • Seksyen Trafik
          • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Sewaan Kemudahan
      • Pengiklanan @ IKIMfm 2019
      • Pengurusan Acara
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      • MEDIA
        • MEDIA
        • Buletin
          • Buletin
          • Berita Semasa
          • Buletin IKIM
        • Teks Ucapan
        • Kenyataan Media
        • Muat Turun
        • Video
          • Video
          • Video Korporat
          • Video tvIKIM
      • ARTIKEL
        • ARTIKEL
        • Senarai Penulis
        • Senarai Artikel
          • Senarai Artikel
          • Artikel
          • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
          • Sinar Harian
          • The Star
          • Utusan Malaysia
          • New Strait Times
      Utusan Malaysia

      Saintisme Merosakkan Ilmu Yang Bersepadu

      • Dr. Mohd Sani bin Badron
      • July 2, 2018

      Blaise Pascal (m. 1662) ialah pakar matematik, saintis dan perekacipta dari Perancis. Sebagai pakar matematik, beliau menulis tentang geometri unjuran, teori kebarangkalian dan kalkulus diferensial. Saintis ini berjasa besar dalam kajian bendalir, konsep tekanan atmosfera dan hampagas. Beliau merupakan perintis dalam reka-cipta kalkulator, barometer dan picagari.

      Meskipun demikian, Pascal amat menentang saintisme, atau kepercayaan bahawa kaedah sains harus digunapakai untuk semua bentuk ilmu. Saintisme juga percaya satu masa nanti sains akan menyelesaikan apa juga masalah manusia.

      Pada hemat Pascal, untuk terselamat daripada saintisme, kita perlu menghargai dua aspek asasi kecerdasan: kecerdasan geometrik (esprit géométrique) dan kecerdasan rasa-hati (esprit de finesse). Keseimbangan harus sentiasa dipelihara antara dua arah bertentangan akal manusia.

      Dalam kesarjanaan Islam, seperti yang dirumuskan oleh Ibn al-‘Arabi (m. 1240), al-Sha‘rani (m. 1565) dan al-Zabidi (m. 1791), terdapat tiga tertib ilmu, yang diistilahkan ‘ilm al-‘aql, ‘ilm al-ahwal, dan ‘ilm al-asrar.

      Tertib ilmu yang pertama, ilmu akal, ialah apa jua ilmu yang diperoleh sama ada secara naluri atau melalui proses berfikir.

      Ilmu yang diperoleh secara naluri merujuk kepada asas bagi semua proses berfikir, seperti hukum bukan-percanggahan dalam logik (principle of non-contradiction). Ia juga merujuk kepada maklumat yang swaketara atau aksiom, yang tidak dapat disangkal, contohnya “1 adalah separuh daripada 2.”

      Dalam hal ilmu yang diperoleh melalui proses berfikir, maklumat diraih melalui penyelidikan akliah terhadap dalil atau keterangan, dengan syarat dia memahami petunjuk dalil berkenaan. Penekanan ilmu akal adalah kepada proses berfikir secara diskursif, yang menyelidik dan menyimpulkan sesuatu secara logikal. Oleh kerana kesalahan dan kekeliruan juga boleh berlaku, sebahagian dugaan akal adalah sahih dan sebahagian yang lain tidak sah atau fasid.

      Tertib yang kedua dipanggil ‘ilm al-ahwal, yang diperoleh dengan merasai atau mengecapi hal atau keadaan sesuatu. Contohnya ialah kemanisan madu, kepahitan jadam, kelazatan bersanggama, keasyikan cinta, dalamnya kasih, dan gelora rindu.

      Ilmu tentang perkara-perkara tersebut hanya boleh diraih dengan mengecap atau merasa (zawq) atau mengalaminya langsung secara tahqiq. Tanpa merasainya secara langsung, tidak mungkin untuk meraih ilmu tersebut. Secerdas manapun seseorang itu, dia tidak akan dapat meraih ilmu tersebut semata-mata menerusi definisi atau dengan menyusun dalil-dalil fikiran.

      Hakikat bahawa ilmu ini dirasai dan dialami secara langsung menutup kemungkinan untuk ia dipindahkan melalui nukilan perkataan, laporan lisan atau perbincangan panjang berjela. Tidak mungkin untuk orang yang merasainya menjadikan orang lain yang tidak merasai untuk mengalami ilmu yang sama.

      Kalaupun ilmu ini perlu diajar kepada orang lain, cukuplah mengungkapkannya secara “peribaratan isyarat” yang membayangkan maksud sebenar orang yang merasai dan mengecapinya.

      Kesalahan dan kekeliruan ilmu ini di kalangan ahl al-zawq tergambar dalam keadaan seseorang yang lidahnya dipenuhi hempedu, hingga dia merasai madu pahit rasanya, sedangkan hakikat sebenar bukan sedemikian.  Apa yang sebenarnya menyentuh lidah (alat perasa-jasmani) adalah hempedu dan bukan madu.

      Tertib ketiga ilmu digelar ‘ilm al-asrar, iaitu ilmu yang rahsia yang dizahirkan oleh Allah ke dalam hati-damir seseorang Nabi dan wali.

      Justeru, ilmu ini melampaui batas ilmu yang diperoleh melalui dugaan fikiran.  Ini adalah ilmu yang menurut Nabi Muhammad “dihembuskan melalui Ruh al-Quds [iaitu Malaikat Jibril] dalam hati (ru‘).” Inilah ilmu yang khusus bagi para nabi dan wali yang tulen, seperti firman-Nya “(Allah) menentukan kurnia rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai anugerah yang mahabesar” (Ali ‘Imran, 5:34).

      Contoh kurnia rahmat Allah yang mahabesar khusus kepada para wali adalah yang dianugerahkan-Nya kepada wali di kalangan umat Nabi Sulayman: “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu daripada al-Kitab [al-Taurat], ‘Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu [dari Yaman ke Baitul Maqdis] sebelum matamu berkedip’” (al-Naml, 27:40).

      Tiga contoh ilmu asrar ialah pernyataan metafizik oleh Rasulullah, “Dahulu Allah, dan tiada suatu serta-Nya pun”; pernyataan Rasulullah mengenai hari Kebangkitan yang kolam (hawd) airnya lebih manis dari madu; dan khabar daripada Tuhan kepada Rasulullah mengenai hakikat syurga dan isinya.

      Mereka yang arif tentang ‘ilm al-asrar, para nabi, dan para awliya’, adalah golongan yang berpandangan jauh dan bijaksana (hukama’) yang arif tentang segala ilmu dan memahaminya secara yang menyeluruh, seperti ilmu-ilmu ilahiyyat, sains tabii, matematik dan mantiq. “Justeru,” menurut Ibn al-‘Arabi, “tidak ada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu yang serba mencakup yang mengandung segenap ma‘lumat (al-hawi ‘ala jami‘ al-ma‘lumat).”

      Kongsi

      Carian

      • IKIMfm
      • tvIKIM
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • MyIKIM
      • IKIM Webmail
      • IRMIS
      • IDAM

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2019 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter
      • Survey Kajian Pembaca Artikel