• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Artikel

      Mesej Hari Alam Sekitar Negara

      • Puan Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
      • 20/11/2019

      Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun ini telah disambut pada 19 Oktober 2019 dengan masih mengekalkan tema yang sama seperti tahun lepas iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.” Fokus sambutan HASN pada kali ini melibatkan tiga program utama iaitu: kempen hindari plastik sekali guna; pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste); dan aktiviti penghijauan alam melalui penanaman pokok.

                  Ketiga-tiga fokus utama ini dilihat merupakan aspek yang sangat penting untuk diberi perhatian sementelah kesedaran berhubung perkara berkenaan masih lagi berada pada tahap yang sangat minimum. Buktinya, saban hari kita masih lagi dipaparkan dengan pencemaran sisa plastik secara berleluasa sehingga memberi kesan yang besar kepada ekosistem laut dan mengancam hidupan yang menghuninya. Begitu juga dengan kesedaran pengurusan buangan e-waste dan aktiviti penghijauan alam yang masih lagi sangat rendah dalam kalangan anggota masyarakat.

      Justeru, mesej sambutan HASN yang memfokuskan kepada tiga program utama berkenaan perlu dihayati dengan sedalam-dalamnya dan tidak terhenti semasa hari sambutan tersebut semata-mata. Sebaliknya, penghayatan terhadap mesej sambutan HASN perlu berterusan dan menjadi suatu budaya dalam kehidupan seharian agar matlamat yang digariskan sempena sambutannya tercapai.

      Dalam usaha menghindari penggunaan plastik sekali guna misalnya, semua pihak termasuk orang awam perlu memainkan peranan masing-masing, misalnya melatih diri untuk membudayakan amalan membawa bekas makanan beserta peralatan makan (cutlery) dan penyedut minuman guna semula untuk kegunaan peribadi, selain menggunakan beg khas guna semula semasa membeli makanan dan minuman di kafeteria.

       Manakala di peringkat jabatan dan agensi pula, mereka perlu mengikuti panduan yang disarankan iaitu dengan menggantikan botol minuman plastik sekali guna kepada botol kaca atau menyediakan jag air; dan menggantikan pembalut plastik pada piring, pinggan atau mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula semasa sesi mesyuarat dan seumpamanya.

      Selain itu, jabatan dan agensi juga digalak menyediakan water dispenser untuk kemudahan isian semula, dan tidak menyediakan piring, pinggan, mangkuk, cawan dan peralatan makan yang bersifat sekali guna dan mengelakkan daripada penggunaan penyedut minuman plastik.

      Bagi memastikan kesedaran yang berterusan terhadap perkara ini, strategi untuk menyebar luas dan mempromosikan amalan berkenaan perlulah dilakukan secara proaktif, misalnya menerusi semua platform komunikasi terutamanya medium alaf baharu seperti media sosial, selain menyediakan bahan-bahan promosi berbentuk infografik, video dan sebagainya agar lebih  menarik dan berkesan dalam menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan.

      Selain itu, agensi-agensi swasta, institusi pendidikan, rumah-rumah ibadat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya perlulah mengambil peranan untuk turut serta dalam melaksanakan kempen tersebut melalui usaha dan inisiatif sendiri di seluruh negara dengan melibatkan komuniti setempat demi memastikan matlamat mengurangkan penggunaan plastik sekali guna pada masa hadapan dapat direalisasikan.

      Dalam konteks pengurusan e-waste pula, kekurangan maklumat dan pendedahan kepada masyarakat menyebabkan kesedaran tentang perkara berkenaan amat kurang. Jika dilihat dari segi istilah, e-waste ditakrifkan sebagai buangan elektrik dan elektronik seperti televisyen, penyaman udara, komputer, peti sejuk, radio, mesin cetak dan pelbagai lagi peralatan yang seumpamanya yang mengandungi atau dicemari oleh komponen-komponen seperti akumulator, raksa, plumbum, kuprum, mangan dan perak.

      Disebabkan tahap kesedaran yang kurang tentang aspek pengurusan dan pelupusan e-waste menyebabkan bahan-bahan berkenaan dibuang sesuka hati tanpa menyedari kesan negatif perbuatan berkenaan. Sedangkan, kesedaran pengurusan e-waste sangat penting dalam kalangan masyarakat kerana pembuangannya yang tidak mengikut prosedur standard operasi yang telah ditetapkan akan memberi kesan terhadap alam sekitar, terutamanya menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. Justeru, penekanan terhadap kesedaran pengurusan e-waste juga perlu dititikberatkan agar tahap kesedaran berhubung perkara ini dapat dipertingkatkan.

      Selain itu, penyediaan tempat pengumpulan buangan e-waste yang mencukupi dan meluas di seluruh negara juga perlu diberi perhatian. Ini bagi memudahkan anggota masyarakat melakukan proses pengumpulan bahan-bahan berkenaan, sekali gus memberi galakan kepada mereka untuk melakukan pengumpulan sebelum ia dihantar kepada syarikat yang dilantik untuk menguruskan buangan berjadual tersebut mengikut prosedur yang betul.

      Bagi kempen penghijauan alam menerusi aktiviti penanaman pokok pula, ia amat penting untuk dipromosikan agar aktiviti ini menjadi sebahagian daripada rutin masyarakat dalam memastikan kualiti alam sekitar terjaga. Dalam konteks ini, mereka perlu didedahkan tentang manfaat aktiviti penghijauan dalam menangani krisis alam sekitar. Selain itu, melalui aktiviti penghijauan ini juga, ia dapat membawa anggota masyarakat untuk menghayati alam sekitar secara langsung, sekali gus memahami simbiosis alam sekitar dengan segala komponen yang ada di dalamnya.

                  Daripada ketiga-tiga fokus utama program sambutan HASN pada tahun ini, ia secara jelas menunjukkan kesungguhan tampuk kepimpinan negara untuk menangani isu dan permasalahan alam sekitar yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Justeru, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, maka inisiatif sambutan HASN yang dianjurkan saban tahun perlu disokong dengan sepenuh hati agar usaha ini tidak menjadi sia-sia.

                  Lebih-lebih lagi saranan menjaga dan memulihara alam sekitar merupakan sebahagian daripada tuntutan agama yang telah dipertanggungjawabkan kepada manusia selaku khalifah di atas muka bumi. Dalam konteks ini, manusia telah diamanahkan untuk mengurus, melindungi serta memakmurkannya dengan sebaik mungkin agar keseimbangan alam dapat dikekalkan. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya” (Surah Hud, ayat 61).

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2020 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter