• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Suara generasi muda memulihara alam sekitar

      • Puan Azrina Binti Sobian
      • 14/01/2020

      Ketika ini, nama Greta Thunberg begitu dikenali. Walaupun telah beberapa tahun menjadi aktivis alam sekitar, namun anak remaja ini menjadi semakin popular apabila secara lantang menegur sikap sambil lewa dan lesu pemimpin-pemimpin dunia di UN Climate Action Summit dalam menangani isu perubahan iklim dunia. Greta membuktikan bahawa generasi muda mempunyai tanggungjawab dan boleh memainkan peranan besar dalam isu pemuliharaan alam sekitar.

      Greta tidak bersendirian dalam usaha menangani pelbagai masalah alam sekitar ketika ini. Terdapat ramai anak muda lain yang telah lama “bersama-sama” beliau. Nama-nama mereka sewajarnya diuar-uarkan untuk membuktikan bahawa generasi muda berkeupayaan memulihara alam sekitar. Mereka ialah Louise Mobulo (Filipina), Adjany Costa (Angola), Anna Luisa Beserra (Brazil), Marianna Muntianu (Rusia), Molly Burhans (USA), Omar Itani (Lubnan) dan Sonikar Manandhar (Nepal).

      Nama-nama yang disebutkan di atas merupakan pemenang Young Champions of the Earth 2019, satu anugerah daripada UN Environmental Programme (UNEP) untuk menghargai usaha anak-anak muda dalam menangani permasalahan alam sekitar semasa. Tokoh-tokoh anak muda ini memperoleh anugerah tersebut hasil usaha gigih menangani pelbagai isu alam sekitar misalnya isu penggondolan hutan, pelindungan haiwan liar, penuaian air hujan untuk kegunaan manusia, penanaman semula hutan, pemberdayaan komuniti agama, pengurangan sisa fabrik di tapak pelupusan dan tenaga hijau.

      Selain dunia, Malaysia juga mempunyai tokoh-tokoh anak muda yang gigih mengenengahkan serta cuba menangani pelbagai masalah alam sekitar sama ada yang bersifat tempatan mahupun antarabangsa. Antara nama-nama yang wajar disebut ialah Masbudi Malek (Inspirasi KAWA), Liyana Yamin (Malaysian Youth Delegation), Ili Nadiah Dzulfakar dan Nurul Fitrah Ahmad Marican (KAMY), Hafizudin Nasarudin (KUASA), Tin Fong Yun (pejuang sisa sifar), Dr. Louisa Shobhini Ponnampalam (MareCet), Dr. Renard Siew Yung Jhien (pejuang isu perubahan iklim) serta ramai lagi.

      Penglibatan dan kesungguhan golongan muda ini dalam memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar membuktikan bahawa usia muda bukan satu penghalang untuk melakukan perubahan. Mereka memanfaat usia tersebut untuk memperjuangan apa yang mereka percayai. Inilah juga ajaran Islam yang menuntut kita menggunakan usia muda dengan melakukan perkara-perkara baik. Malah golongan muda yang menggunakan usia tersebut untuk beribadat kepada Allah SWT merupakan antara tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT (Bukhari). Dalam hal ini, ibadat bukanlah semata-mata dalam bentuk ibadah wajib tetapi merangkumi melakukan pekerjaan-pekerjaan yang memberi faedah kepada masyarakat termasuklah memperjuangkan kesejahteraan alam untuk kelangsungan manusia.

      Golongan muda diiktiraf peranannya dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals 2030). Dalam hal ini, golongan muda dilihat berkebolehan untuk membentuk kesedaran terhadap pelbagai isu alam sekitar, memulakan serta mengetuai usaha menangani isu persekitaran setempat mahupun global, berkongsi idea dan kebolehan mereka untuk memulihara alam serta melobi pemimpin-pemimpin negara serta pihak berkepentingan untuk bersama-sama menjaga persekitaran dan membantu pembentukan dasar-dasar negara yang turut mengambil kira isu ini.

      Kelebihan utama yang dimiliki golongan muda ini adalah kemampuan mereka menggunakan media baharu dan memikirkan idea-idea kreatif dan inovatif dalam usaha menjaga persekitaran. Kecekapan menggunakan pelbagai bentuk teknologi penyebaran maklumat menyebabkan segala maklumat dapat disampaikan ke serata dunia dengan lebih cepat dan luas. Idea-idea kreatif dan inovatif mereka pula dapat menghasilkan jalan penyelesaian masalah alam sekitar semasa yang mudah, murah dan berkesan. Malah, anugerah “tenaga muda” yang mereka miliki memungkinkan usaha-usaha dan pelbagai perancangan boleh dilaksanakan dengan cepat.

      Namun, pada usia muda itu, mereka tidak memiliki segala-galanya. Kekurangan dana, sokongan dan panduan merupakan antara punca yang boleh menyekat kebolehan mereka untuk meninggalkan impak yang berkesan dalam pemuliharaan alam sekitar. Dengan itu, golongan tersebut masih memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit, nasihat dan panduan agar mereka dapat melaksanakan misi mereka dengan jayanya.

      Jelas bahawa golongan muda atau belia berperanan besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Daripada usaha-usaha anak-anak muda yang disebutkan, apa yang boleh diteliti adalah mereka bermula tanpa apa-apa bantuan tetapi masih mampu meninggalkan kesan besar dalam isu yang mereka perjuangkan. Bayangkan jika mereka memperoleh bantuan serta sokongan tertentu dalam gerakan pemuliharaan alam sekitar itu, maka pastinya usaha mereka akan memberikan kesan yang lebih besar.

      Satu perkara lain yang dapat dikenal pasti daripada usaha anak-anak muda itu ialah, mereka terdedah kepada isu-isu alam sekitar pada awal usia sama ada melalui pendidikan formal mahupun tidak formal. Melalui pendedahan tersebut, anak-anak muda yang disebutkan namanya di atas, kerap kali bertanyakan soalan-soalan berkaitan isu alam sekitar di sekeliling mereka. Persoalan-persoalan yang timbul menjadi pemangkin untuk memulakan usaha pemuliharaan mereka. Ini menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada isu alam sekitar adalah penting. Pendedahan awal seperti ini mendekatkan diri mereka terhadap apa yang berlaku di persekitaran setempat mereka dan boleh menimbulkan rasa tanggungjawab untuk mengatasi isu tersebut.

      Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa “kecil-kecil anak harimau” khusus untuk menunjukkan bahawa walaupun berusia muda seseorang itu boleh menjadi berani dan kuat. Ini bermakna, usia yang muda bukanlah satu penghalang untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada dunia. Dengan itu, anak-anak muda kini perlu diberikan kepercayaan, dorongan, bantuan dan nasihat yang tertentu agar mereka dapat mengembangkan potensi diri ke arah kebaikan.

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2020 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter