• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Artikel

      Iktibar COVID-19 untuk Ubah Pemikiran dan Gaya Hidup

      • Encik Khairul Azhar Bin Idris
      • 22/04/2020

      Wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia menuntut setiap individu untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing, selagi berdaya dalam usaha untuk meleraikan kadar mobiditi dan mortaliti yang terkait. Wabak ini paling mudah berjangkit dalam satu-satu masa di samping keupayaannya untuk menyebabkan kepayahan dan disfungsi, malahan mengakibatkan kematian, terutamanya kepada kumpulan tertentu yang berisiko tinggi, seperti golongan berusia lanjut dan dalam kalangan pesakit kronik. Sehingga hari ini, jumlah jangkitan dan kematian akibatnya semakin menunjukkan peningkatan. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila vaksin wabak ini masih belum ditemui sehingga ke saat ini.

      Berdasarkan situasi hari ini, nampak gayanya, banyak lagi perkara yang masih baharu dan belum diketahui oleh kebanyakan masyarakat untuk berhadapan dengan wabak yang menyerang ini. Ia turut melibatkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan langkah-langkah seperti identifikasi patogen, kaedah pencegahan secara holistik dan bersepadu, serta kaedah rawatan, dan pendidikan kemasyarakatan yang menyeluruh. Malah, sistem kemasyarakatan dan pentadbiran perkhidmatan dalam negara juga memerlukan satu ledakan kepemimpinan yang sewajarnya perlu menjadi lebih terbuka agar usaha menangani Covid 19 dapat bergerak lebih maju ke hadapan.

      Dalam pemahaman mudahnya, suasana wabak COVID-19 telah membuka lebih banyak perkara yang memerlukan setiap lapisan masyarakat menjadi lebih terbuka, terdidik, dan lebih rajin lagi dalam mempelajari dan memperbaiki perkara-perkara berkaitan untuk menempuhi hari-hari mendatang. Ia perlu diambil berat, kerana ia akan menentukan hala tuju kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara kelak. Ia menuntut kita untuk bersikap lebih proaktif, positif dan realistik dalam menentukan hala tuju kehidupan, dan kini saatnya untuk kita berfikir dan bertindak secara kolektif.

      Dalam menangani wabak seperti ini, keupayaan ketika berhadapan dan mendepaninya seperti seakan tertewas namun masih boleh diperbaiki keadaan ini. Janganlah timbul kekeliruan  dalam kita memahami hadis Rasul SAW. Baginda pernah bersabda yang menyatakan bahawa pada akhir zaman, akan wujud pelbagai penyakit baharu yang akan menimpa manusia, dan ia belum pernah lagi berlaku dalam kalangan umat-umat sebelum akhir zaman.

      Apakah kepercayaan terhadap hadis ini telah mendorong umat Islam untuk membina kekuatan sendiri dan menjadikan hadis Rasul SAW sebagai sebahagian dasar dan polisi ketika mendepani wabak? Apakah persediaan umat Islam dari segi pendidikan, ilmu dan pengetahuan, khususnya berkaitan ilmu epidemiologi, pemahaman virologi, vaksin dan sebagainya? Sekarang kita hanya mampu mendengar dorongan seperti ‘Kekal di rumah, elakkan jangkitan’ dan sebagainya bagi mengelakkan jangkitan yang lebih teruk. Saranan ataupun arahan ini amat perlu buat masa sekarang, serta wajar dipatuhi agar kita semua tidak terus tertewas dengan lebih jauh lagi dalam  medan pertempuran bersama wabak yang pemalu ini.

      Perkara ini juga berdasarkan riwayat oleh Imam Bukhari r.a. daripada Abdul Rahman Bin Auf bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda dengan menyatakan bahawa jika terdapat sesuatu wabak di sesuatu tempat, perlulah dihindari tempat tersebut, jauhinya, dan jangan datang dekat kepadanya. Bolehlah diambil iktibar bahawa, apabila terdapat pula wabak di tempat kita berada, kita juga digalakkan untuk terus tinggal dan berada di tempat tersebut dan tidak meninggalkannya, kerana dikhuatiri kita yang akan menyebarkannya kepada orang lain di tempat-tempat lain. Asas kepada pengetahuan dalam tingkah laku jangkitan sudah lama wujud sejak Islam diturunkan kepada umatnya lebih dari 1400 tahun lampau.

      Apa yang dilakukan sekarang ialah penjarakan sosial di peringkat dalaman komuniti. Mungkin lebih baik juga dimasa akan datang jika dasar penjarakan sosial ini dapat dilaksanakan pada peringkat komuniti antarabangsa secara lebih awal lagi, agar penularan dapat dibendung lebih awal lagi dan menjadi lebih serius sehingga ke tahap ini.

      Saranan berhubungan dengan sekatan dan penjarakan sosial ini juga pernah wujud sepertimana menurut sebuah hadis Rasul SAW ketika memperihalkan suasana serangan wabak taun suatu ketika dahulu. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad melalui Saidatina Aisyah r.a. yang bermaksud ‘bahawasanya taun adalah azab yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Dia menjadikannya sebagai rahmah bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang ketika terjadi taun, dia tinggal di rumahnya, bersabar dan berharap sedang ia mengetahui bahawa musibah tidak akan menimpanya kecuali apa yang ditetapkan Allah untuknya, maka ia akan mendapatkan seperti pahala syahid’.

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2020 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter