• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Integriti & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Jangan Tafsir Data Statistik Tanpa Ilmu

      • Encik Mohammad Mustaqim bin Malek
      • 08/07/2020

      Statistik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Kita menggunakan statistik sama ada secara sedar atau tidak sedar. Statistik membolehkan kita memahami banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul. Statistik yang tidak digunakan dengan betul boleh membawa kekeliruan

      Statistik boleh menyebabkan kekeliruan apabila ia difahami dengan cara yang salah. Antara kesilapan yang berlaku adalah apabila data statistik tidak teliti dalam konteks yang betul. Contoh kesilapan memahami konteks data statistik adalah apabila membandingkan kadar kematian yang disebabkan oleh faktor yang berbeza-beza seperti kemalangan jalan raya, penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit.

      Menurut data statistik daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, sebanyak 6,284 kematian dilaporkan berlaku akibat daripada kemalangan jalan raya pada tahun 2018. Laporan kajian yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan sebanyak lebih kurang 11,000 kematian diramalkan pada tahun 2020 oleh akibat yang sama.

      Bagi penyakit kardiovaskular pula, dilaporkan bahawa penyakit jantung iskemik merupakan sebab kematian utama di Malaysia. Hal ini dilihat dengan jumlah kematian sebanyak 18,267 yang disahkan pada tahun 2018.

      Pada masa kini, negara masih bergelut dengan wabak COVID-19. Bagi mengekang penularan wabak ini, masyarakat diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (standard operating procedure, SOP) penjarakan sosial dan mengelakkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai. Oleh itu, aktiviti berhimpun di rumah ibadah juga dihadkan pada jumlah tertentu.

      Namun, sesetengah pihak yang tidak setuju dengan had jumlah kehadiran ke rumah ibadah membuat perbandingan tidak wajar antara kadar kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan penyakit kardiovaskular dengan kadar kematian disebabkan oleh COVID-19. Dengan kadar kematian sebanyak 121 disebabkan oleh COVID-19, terdapat pandangan yang tidak tepat diutarakan, iaitu:

      “Kadar kematian akibat daripada COVID-19 lebih rendah berbanding kadar kematian  akibat kemalangan jalan raya dan penyakit kardiovaskular. Oleh yang demikian, aktiviti rumah ibadah hendaklah dibuka seperti sedia kala.”

      Hal ini merupakan kefahaman terhadap data statistik dalam konteks yang tidak tepat. Kemalangan jalan raya dan penyakit kardiovaskular tidak boleh dibandingkan dengan COVID-19 kerana kedua-duanya bukan penyakit berjangkit. Oleh sebab itu, kaedah menangani setiap masalah ini adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

      COVID-19 perlu dicegah daripada merebak dengan penjarakan sosial. Kaedah penjarakan sosial sudah tentu tidak berkesan menangani penyakit yang tidak berjangkit, apatah lagi menangani masalah kemalangan jalan raya. Tambahan pula, kadar kematian akibat COVID-19 dilihat dalam kadar yang terkawal merupakan hasil daripada kerjasama masyarakat dalam mematuhi penjarakan sosial.

      Selain itu, kesilapan dalam memahami data statistik juga boleh berlaku apabila melibatkan data statistik yang besar. Kerapkali, segelintir pihak yang mempunyai pendirian terhadap sesuatu perkara memilih data yang berpihak kepada pendiriannya dan membuang data yang tidak menyokong pendiriannya.

      Misalnya berkaitan dengan isu perubahan iklim. Bagi menyokong dakwaan bahawa iklim dunia tidak berubah, sesetengah pihak mengetengahkan data yang dihadkan pada tempoh masa tertentu, seperti dari tahun 2000 hingga 2013. Jika dilihat pada tempoh singkat ini, suhu dunia kelihatan tidak berubah.

      Namun, data yang dikumpulkan oleh NASA tentang perubahan suhu dunia adalah semenjak 1880-an lagi. Perubahan suhu dunia hanya dapat dilihat melalui kerangka data yang penuh tanpa bersifat selektif terhadap sesuatu tempoh. Selektif terhadap sesuatu tempoh masa data menghalang dapatan realiti sebenar tentang perubahan iklim dunia.

      Apabila realiti sebenar tidak diterima, bahkan disusuli pula dengan menyebarkan fahaman yang tidak betul, ia merencatkan usaha memberikan kesedaran perubahan iklim dunia. Dikhuatiri masyarakat boleh terpengaruh dan tidak mengambil tindakan yang serius tentang penjagaan alam sekitar. Akhirnya, generasi akan datang mewarisi dunia yang kian terjejas iklimnya akibat tindak tanduk kita.

      Masalah juga boleh timbul apabila membuat kesilapan dalam menilai data statistik dengan konteks yang betul berkaitan kadar kematian akibat kemalangan, penyakit kardiovaskular, dan COVID-19. Pada masa kini, masyarakat diminta untuk mematuhi SOP penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

       Apabila tafsiran data statistik yang salah disampaikan buat tatapan umum, ia boleh mempengaruhi mereka untuk mempertikaikan polisi pihak yang berautoriti. Ia juga dikhuatiri menyebabkan masyarakat untuk mengambil sikap sambil lewa dengan SOP penjarakan sosial yang telah ditetapkan, sekali gus menyukarkan proses menangani COVID-19.

      Oleh itu, setiap individu perlu menanam sikap amanah dalam diri kita untuk mengelak daripada membicarakan perkara yang bukan bidang kepakaran kita. Hal ini kerana, kita hanya menilai sesuatu perkara berdasarkan pengetahuan kita yang terbatas tanpa mengambil kira atau mengetahui fakta lain tentang perkara tersebut. Kesannya, tafsiran dan ulasan yang dibuat berkemungkinan besar menyimpang daripada hakikat sebenar.

      Dalam isu COVID-19, data statistik  berhubung jumlah jangkitan, kematian dan sembuh disampaikan kepada masyarakat untuk memudahkan masyarakat mengambil cakna terhadap perkembangan semasa berhubung COVID-19.

      Tanggungjawab menganalisis data statistik serta membuat tindakan terutamanya berkaitan dengan polisi merupakan tugas pihak yang berautoriti. Namun, sekiranya terdapat kemusykilan dan cadangan, ia boleh dirujuk dan disampaikan melalui saluran yang betul dan berhemah.

      Merujuk kepada pihak yang berautoriti merupakan ajaran yang sentiasa ditekankan dalam Islam seperti yang dirakamkan dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 43 yang bermaksud, “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

      Dengan tanggapan sendiri berdasarkan ilmu yang terbatas hanya membawa kepada salah faham. Tambahan pula, apabila ia melibatkan pentafsiran data statistik yang kompleks dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Sekiranya tersilap dan disebarkan kepada orang ramai, tanggapan sendiri ini boleh membawa kepercayaan yang tidak betul.

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2020 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter