• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Berita Harian

      Belajar Daripada Keadaan “Anthropause”

      • Puan Azrina Binti Sobian
      • 29/01/2021

      Pandemik Covid-19 telah membawa dunia dalam keadaan “Anthropause”. Ketika itu, seluruh alam mendapat manfaatnya. Namun, adakah keadaan itu dapat dikekalkan? Adakah manusia sedia berubah untuk mengekalkan kesejahteraan alam ini?

      “Anthropause” merupakan satu istilah yang diperkenalkan oleh sekumpulan penyelidik iaitu Christian Rutz dan rakan-rakan, dalam sebuah penulisan berkaitan kesan kegiatan manusia terhadap hidupan liar. Istilah tersebut merujuk kepada aktiviti manusia yang menjadi perlahan secara global. Dengan kata-kata lain, seluruh kehidupan manusia seolah-olah “berhenti” ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia.

      Ketika manusia memperlahankan kegiatannya, alam serta isinya mendapat manfaat terbesar. Ini telah dibuktikan ketika berlakunya arahan sekatan perjalanan secara global sekitar awal 2020. Ramai penyelidik telah menunjukkan kesan-kesan baik akibat pengurangan atau sekatan pergerakan manusia di awal pandemik Covid-19.

      Antaranya, manfaat terhadap sumber udara. Kajian oleh Kasturi Devi Kanniah dan rakan-rakan berkaitan kesan sekatan pergerakan terhadap sumber udara menunjukkan bahawa paras zarah terampai atau particulate matter (PM) sama ada PM10 atau PM2.5 serta Nitrogen Dioksid (NO2), Sulfur Dioksid (SO2) dan Karbon Monoksida (CO) di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan penurunan masing-masing pada kadar 26-31 peratus (PM10), 23-32 peratus (PM2.5), 63-64 peratus (NO2), 9-20 peratus (SO2) dan 25-31 peratus (CO) jika dibandingkan dengan 2018 dan 2019.

      Selain itu, pencemaran air turut berkurangan. Ini ada kaitannya dengan penangguhan kegiatan industri terutamanya di negara-negara membangun. Kajian oleh Tanjena Rume dan S.M. Didar-Ul Islam berkaitan kesan pandemik Covid-19 terhadap alam sekitar menunjukkan bahawa Sungai Ganga (India) dan Yamuna (Bangladesh) telah menunjukkan kualiti air yang lebih jernih kerana pemberhentian sementara kegiatan industri.

      Pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada hidupan liar. Semasa tempoh sekatan pergerakan pada Mac hingga Jun 2020, terdapat laporan-laporan di media massa yang menunjukkan hidupan liar bergerak bebas di kawasan yang didominasi oleh manusia. Misalnya koyote (coyote) dan rusa di Amerika Syarikat, babi liar (wild boar) di Sepanyol, burung merak di Bangor (Wales, United Kingdom), puma di tengah bandar Santiago, Chile, dolfin di pelabuhan Trieste, Itali serta Jackal (sejenis serigala) di Tel Aviv, Israel.

      Kesan-kesan baik yang ditunjukkan ini merupakan sebahagian daripada kesan yang telah dikenal pasti ketika sekatan pergerakan di awal pandemik Covid-19. Masih terdapat beberapa kesan baik yang lain misalnya pengurangan pencemaran bunyi serta mutu kawasan pantai yang semakin baik. Pengajaran penting daripada keadaan ini ialah berkait dengan peranan manusia terhadap alamnya. Manusia sememangnya memainkan peranan yang besar dalam mengubah alam ini. Ketika kegiatan manusia berhenti seketika, alam “meraikan” kebebasannya. Maka benarlah apa yang dinyatakan dalam al-Quran bahawa tangan manusialah yang bertanggungjawab melakukan kerosakan dan bala bencana di muka bumi dan oleh sebab itu, manusia jugalah yang akan merasai kesengsaraan di atas perbuatannya (Ar-Ruum, 30:41). Dalam konteks ini, selain bencana, penyakit merupakan salah satu bentuk kesengsaraan yang terpaksa dihadapi kerana manusia lalai dengan tugasnya untuk memakmurkan bumi (Hud, 11:61).

      Seharusnya kita perlu memikirkan apakah yang akan berlaku selepas ini? Ketika berlakunya keadaan “Anthropause”, ia seolah-olah memberi harapan baharu kepada alam sekitar yang lebih baik. Dengan itu, keadaan “Anthropause” yang membawa begitu banyak manfaat kepada alam ini seharusnya dikekalkan. Dalam keadaan ini, sewajarnya kegiatan manusia diperlahankan, hala tuju pembangunan sesebuah negara disemak dan disusun semula manakala pembangunan ekonomi juga perlu distrukturkan semula. Matlamatnya ialah untuk memperoleh satu pembangunan yang mengambil kira kelestarian, menunjukkan rasa hormat kepada alam, kesaksamaan dan penglibatan semua pihak.

      Namun, ini sukar atau tidak mungkin berlaku kerana mengekalkan keadaan “Anthropause” bermakna manusia perlu memperlahankan setiap kegiatannya, terutama kegiatan ekonomi. Dalam bahasa mudah, kita seolah-olah meminta masyarakat manusia untuk menghentikan kegilaan terhadap kemewahan hidup, mengurangkan perjalanan dan pergerakan, makan pada kadar yang perlu sahaja atau tidak lagi kemaruk membeli barangan demi barangan. Malangnya, ini tidak mungkin berlaku. Manusia tidak mungkin memperlahankan kegiatannya apatah lagi menjinakkan hawa nafsunya kerana manusia ialah makhluk ekonomi yang sentiasa ingin maksimumkan utiliti atau kepuasan dirinya.

      Oleh itu, mutu alam sekitar yang semakin baik ketika aktiviti manusia “berhenti seketika” sebenarnya hanya bersifat sementara. Walaupun ia baik, namun ia tidak boleh dikekalkan kerana ketika ini, ramai di antara kita sebenarnya tidak sabar-sabar untuk kembali kepada keadaan asal atau keadaan sebelum serangan Covid-19. Namun, ingatlah bahawa ketika kita tergesa-gesa ingin kembali kepada keadaan asal, tanpa sedikit pun mahu membuat perubahan, maka bersedialah untuk membayar “harga” yang sangat mahal akibat daripada melayan nafsu serta bersikap lalai dan tamak. Mengekalkan “status quo” kehidupan kini sebenarnya akan mengundang pandemik demi pandemik. Maka, tanyakan pada diri, adakah kita bersedia berhadapan dengan serangan pelbagai pandemik pada masa akan datang?

      Melihatkan kepada situasi semasa, kita sebenarnya amat tertekan. Tekanan datang dari pelbagai sudut, sama ada mental, fizikal, sosial mahupun ekonomi. Kenyataannya, kita belum tentu mampu bertahan. Oleh itu, berubahlah. Semak semula kehidupan masing-masing. Lakukan perubahan walaupun ia satu perubahan yang kecil seperti meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta membuang sampah di tempat sepatutnya. Bagi Muslim, berubah menjadi lebih baik merupakan satu tuntutan. Berazamlah untuk istiqamah dalam perubahan walaupun perubahan itu satu perubahan yang kecil. Ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit (HR. Bukhari)

      Kongsi

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2021 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter