• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar Matlamat & Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan IKIM
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
        • Seksyen Trafik
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Video Korporat IKIM
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
    • Pengurusan Acara
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar Matlamat & Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan IKIM
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
          • Seksyen Kawalan Kredit & Pengurusan Kos
          • Seksyen Trafik
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Video Korporat IKIM
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM 2021
      • Pengurusan Acara
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Belajar Menghormati Fatwa Pihak Berkuasa Agama

      • Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad
      • 19/02/2021

      Akhir-akhir ini semakin kerap kita melihat polemik yang timbul dalam kalangan ilmuwan dan asatizah berhubung sesuatu isu hingga menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat awam siapa yang perlu diikuti dalam isu tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila fatwa-fatwa yang telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Negeri atau Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak diendah pun oleh segelintir masyarakat. Sebaliknya, mereka mendengar pandangan yang diberikan oleh segelintir ilmuwan atau asatizah pilihan mereka sehingga menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam hukum-hakam.

      Kita mendengar beberapa pandangan yang cuba menimbulkan keraguan terhadap status halal  vaksin COVID-19 yang akan tiba ke tanahair sedikit masa lagi. Ia sudah tentu  memburukkan lagi persepsi terhadap COVID-19 yang selama ini diselubungi dengan pelbagai persoalan berhubung punca muncul virus ini sama ada sebenarnya daripada makmal senjata bio-teknologi di China, atau makanan eksotik dari Pasar Basah Wuhan, selain pelbagai teori konspirasi lain seperti dibawa oleh kumpulan Iluminati, Yahudi-Zionis, China dan bermacam-macam lagi.

      Kedudukan penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini sepatutnya tidak berbangkit lagi apabila Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini sudah pun mengeluarkan fatwa berhubung dengan perkara tersebut iaitu hukumnya harus dan wajib bagi golongan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Harus kepada seluruh umat Islam manakala wajib  kepada mereka yang ditetapkan oleh kerajaan seperti golongan barisan hadapan (frontliners) dan lain-lain yang berisiko tinggi dijangkiti.

      Hukum tersebut merupakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Bil.2/2021 yang bersidang pada 11 Februari 2021.  Hukum ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu. Hukum itu bukan hasil pemikiran oleh seorang individu tertentu sama ada mufti atau sesiapa, tetapi oleh sekumpulan ulama dan ilmuwan bijaksana yang menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam dengan disokong oleh pakar perubatan dengan fakta-fakta sains. Keputusan hukum berkenaan juga mengambil masa lama dengan meneliti kesan dan akibat, baik dan buruk, maslahah dan mudarat vaksin tersebut kepada masyarakat, khususnya umat Islam, sebelum fatwa berkenaan dikeluarkan.

                Sekalipun wujud perbezaan pandangan antara alim ulama dalam sesuatu perkara dengan pihak berkuasa agama sesebuah negeri atau negara, namun keputusan pemerintah (ulil al-amri) hendaklah mendahului keputusan individu ulama tersebut demi menjamin kemaslahatan masyarakat keseluruhannya.

                Dalam mengeluarkan hukum harus tersebut, prinsip utama yang ditekankan oleh pihak berkuasa agama ialah kepentingan menjaga nyawa yang merupakan Matlamat Syariat (al-Maqasid al-Shariah) tertinggi sekali yang mengatasi semua matlamat yang lain. Bahkan dalam keadaan terdesak sehingga nyawa terancam jika sesuatu yang haram tidak digunakan, maka yang haram itu dibenarkan berdasarkan kaedah “darurat mengharuskan sesuatu yang dilarang” dan “keadaan darurat itu ditentukan mengikut kadarnya sahaja, ” untuk  sekadar berpada meneruskan hidup.

      Wabak COVID-19 ini telah meletakkan umat Islam dalam situasi darurat yang kritikal. Setakat makalah ini ditulis, seramai 2,430,794 orang telah mati akibat virus ini di seluruh dunia, dengan hampir 1,000 orang daripada jumlah tersebut adalah dari negara kita.

                Jika dikhuatiri bahawa dalam vaksin tersebut mengandungi gelatin atau bahan bersumberkan najis, namun hal kemungkinan sedemikian sudah pun diteliti oleh para ilmuwan kita dan banyak sekali pandangan alim-ulama silam yang muktabar tentang keharusan menggunakan bahan tercemar dengan najis khususnya dalam situasi darurat dan tiada cara lain yang boleh dilakukan lagi. Apatah lagi, pada saat ini belum dapat dipastikan sama ada vaksin COVID-19 yang akan tiba di Malaysia mengandungi gelatin yang tidak halal. Pandangan Imam al-Nawawi dalam Raudat at-Thalibin wa Umdatu al-Muftin misalnya menyebut sesuatu yang masih tidak jelas sama ada bernajis atau suci, maka hukumnya ditetapkan seperti asalnya, iaitu suci.

                Di negara jiran, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir menyeru umat Islam di negara berkenaan agar jangan ragu-ragu untuk mengambil vaksin COVID-19 ini, dan tidak perlu mempersoalkan status halal atau tidak vaksin tersebut kerana prosedur tertentu sudah pun diambil kira.  Begitu juga di Indonesia,  Ketua Umum Nahdatul Ulama Indonesia (NU), KH Said Agil Sirajd menyeru agar umat Islam tidak ragu-ragu untuk mengambil vaksin COVID-19 ini. Ujar beliau:

      “Jangan disangka saya dibayar untuk bercakap. Tidak, ‘wallahi’ tidak, tetapi betul-betul demi keselamatan kita semua. Virus corona itu ada dan bahaya. Maka, ayuh kalau ada vaksin nanti pertengahan Mac kita jayakan vaksinasi ini. Saya bercakap sebegini bukan dibayar, bukan kita pro-pemerintah, tetapi betul-betul ingin menyelamatkan kita semua. Wahai kiai-kiai, ustaz-ustaz, para pengurus NU, COVID-19 itu ada dan membahayakan,” katanya.

      Majlis Fatwa Emiriyah Arab Bersatu (UAE), yang dipengerusikan oleh alim tersohor dunia, Sheikh Abdullah ben Bayyah juga menyebut bahawa sekiranya tiada pilihan lain berubat, maka dibenarkan dengan vaksin sekalipun yang mengandungi gelatin tidak halal demi menyelamatkan nyawa, iaitu matlamat yang lebih tinggi.

      Kongsi

      Carian

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2021 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter