Bahagian Ekonomi dan Pemasaran.

Pengenalan

Bahagian Ekonomi Dan Pemasaran atau ringkasnya BEP ditubuhkan pada 1 Oktober 2016. BEP memberi tumpuan kepada aspek penjanaan pendapatan IKIM dengan meneroka pelbagai peluang- peluang perniagaan baharu dan sedia ada serta memasarkan produk- produk IKIM di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Objektif Penubuhan

  • Memenuhi Teras Strategik Pengukuhan Kewangan dalam Pelan Strategik IKIM.
  • Berkolaborasi bersama semua bahagian IKIM bagi merealisasikan matlamat menjana pendapatan dengan meneroka peluang- peluang perniagaan baharu dan sedia ada di pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai kepuasan pelanggan yang maksimum.
  • Peka dan bersedia menghadapi sebarang arus perubahan yang berlaku untuk memastikan mutu perkhidmatan ke peringkat tertinggi.
  • Manjadikan IKIM sebuah institusi yang progresif, berdikari dan berdaya saing.

Visi
Menjadikan IKIM sebuah institusi yang progresif, dinamik, berdikari dan berdaya saing di arena tempatan dan antarabangsa.

Misi
Mewujudkan pelan perniagaan yang dinamik untuk memperkasakan produk sedia ada dan baharu bagi menjana pendapatan dengan memperluaskan pasaran IKIM secara efektif dan menyeluruh.

Fungsi
Menjana pendapatan dengan meneroka pelbagai peluang perniagaan serta memasarkan produk-produk IKIM dipasaran tempatan dan antarabangsa.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan:

  • Pengiklanan Radio IKIMfm
  • Pengiklanan TV IKIM
  • Pengiklanan Laman Sesawang Radio IKIM dan IKIMfm
  • Perkhidmatan Pengurusan Acara (Seminar, Bengkel)
  • Perkhidmatan Penjualan Buku, CD Dan Cenderahati
  • Perkhidmatan Sewaan Dewan
  • Perkhidmatan Perundingan Dan Kaunseling