logo ikim edit shadow small

Konsep Keseluruhan Logo

Secara keseluruhan logo ini memperlihatkan peranan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam usaha-usaha untuk kepentingan umum dengan ciri-ciri kebesaran Allah S.W.T dan keunggulan Islam.

Ciri-Ciri Logo

  1. Bentuk pokok di tengah melambangkan tahap produktiviti yang tinggi, sentiasa berkembang dan menghasilkan berbagai-bagai faedah.
  2. Pokok itu ditunjangi bentuk empat segi yang melambangkan Kiblat dan kesatuan umat Islam.
  3. Rimbunan pokok pula mewakili Rukun Islam yang lima.
  4. Ditengah-tengah rimbunan terdiri sebuah bentuk kubah lambang masjid yang menjadi pusat pembangunan dan aktiviti umat Islam.
  5. Pokok yang hidup subur dan berkembang terletak di atas perkataan IKIM yang merupakan sebuah wadah.
  6. Tulisan jawi Kufi mencerminkan keindahan kesenian dan warisan ilmu Islam.

Warna

Warna biru samudera yang menjadi latarbelakang logo melambangkan kekayaan ilmu Allah S.W.T seperti keluasan samudera di permukaan bumi.

Warna emas di atas logo memperlihatkan bahan yang berharga dan tinggi nilainya.