Cetak

Pusat Perundingan & Latihan IKIM (PPLI)

Ditulis oleh Unit Perhubungan Korporat. Posted in Akademik

PUSAT PERUNDINGAN DAN LATIHAN

INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

 

PENGENALAN

Bagi memperluaskan aktiviti IKIM, Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) telah ditubuhkan pada tahun 2000.Ia ditubuhkan khususnya bagi memenuhi permintaan organisasi luar yang mahu IKIM menyediakan modul latihan, dan seterusnya melatih warga kerja mereka dengan nilai-nilai murni Islam.Kini, PPLI beroperasi dengan misi, “Berusaha Ke Arah Pengendalian Aktiviti Perundingan Dan Latihan Yang Berkualiti Dalam Menambah Kefahaman Islam”. PPLI menawarkan khidmat perundingan dan latihan kepada organisasi yang berminat, sama ada kerajaan mahupun swasta.Di masa yang sama, PPLI juga menganjurkan program-program latihan untuk masyarakat umum.Adalah diharapkan, melalui program-program latihan ini, kefahaman Islam dapat ditingkatkan dan kekeliruan mengenai Islam dapat diminimakan.Dengan kefahaman Islam yang sebenar, potensi diri insan akan terselah dan ini akan menjadi faktor pendorong kepada kecemerlangan diri, keluarga, organisasi dan ummah.

 

MODUL LATIHAN

Modul latihan PPLI terbahagi kepada empat (4) jenis:
i. Modul Latihan Karya Asli

Modul yang dibina sendiri oleh PPLI dengan idea asal yang terbit dari IKIM.
ii. Modul Latihan Umum

Modul umum yang dianjurkan oleh PPLI di mana pengisinya mungkin terdiri dari pakar dari IKIM dan pakar luar.
iii.Modul Latihan Bersama Perunding Luar

Modul yang dianjurkan oleh IKIM tetapi menggunakan khidmat Perunding Luar sepenuhnya.
iv. Modul Latihan Kerjasama Rakan Pintar


Modul yang dianjurkan secara bersama oleh PPLI dan Perunding Luar yang mempunyai matlamat yang sama.

PAKEJ LATIHAN

*Program Latihan Anjuran PPLI

PPLI menguruskan perlaksanaan keseluruhan program

oPenyediaan program dan penceramah

oUrusan publisiti, protokol dan pentadbiran

oPenyediaan lokasi, jamuan dan lain-lain urusan

*Program Latihan Anjuran Organisasi Luar

oOrganisasi menyediakan lokasi, peserta dan makan-minum

oPada yuran tertentu, PPLI menyediakan program latihan mengikut kehendak organisasi beserta para penceramahnya

 

SENARAI PROGRAM YANG PERNAH DIKENDALIKAN

PENGURUSAN ORGANISASI & PENINGKATAN PRODUKTIVITI

*Kecemerlangan Sistem Penyampaian

*Penerapan Sistem Nilai dalam Organisasi Korporat

*Penstrukturan Semula Organisasi

*Pengurusan Tekanan (Stress)

*Penerapan Nilai dalam Meningkatkan Prestasi Organisasi

*Penguasaan Ilmu Pengetahuan Inovasi & Pembaikan Berterusan

*Kehidupan Berkualiti, Tempat Kerja Berkualiti

*Pengurusan Perkhidmatan & Pembangunan Seimbang

 

*Asas Pengurusan dan Protokol Majlis Rasmi

*Pengurusan Kewangan dan Pelaburan

*Membina Pasukan

*Pengukuhan Pasukan

*Komunikasi Berkesan dan Budaya Kerja Cemerlang

*Urus Tadbir Yang Baik

*Penyelesaian Konflik Menurut Perspektif Islam

*Majikan Yang Adil, Pekerja Beramanah

*Hikmah Bekerja Satu Kumpulan

*Pengurusan & Pemasaran Dari Perspektif Islam

*Etika Kerja ke Arah Keimanan & Ketakwaan

PENGURUSAN & MOTIVASI DIRI

*Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam

*Pemantapan Kerohanian dalam Kepimpinan

*Ketarasedar Dalam Amalan

*Komunikasi Berkesan

*Khasiat Herba dan Pemakanan Sempurna

*Pembangunan Insan Cemerlang

*Keutuhan Budaya & Moral

*Pembangunan Fitrah Insani

*Pemantapan Mutu Kerja dan Perancangan Strategik

*Pengurusan Kewangan Ambang Perkahwinan

*Jiwa Kental Minda Pintar

*Kepimpinan Diri & Pembentukan Jatidiri

*Keterampilan Diri Menurut Perspektif Islam

*Nur Muslimah Denganmu

 

 

 

PEMBANGUNAN KELUARGA

*Hak Perlindungan dan Keselamatan Kanak-kanak

*Kemahiran Keibubapaan Menurut Perspektif Islam

 

*Kemahiran Ibu Bapa

*Keluargaku Syurgaku

*Penyelesaian Konflik Rumahtangga

PENINGKATAN KEMAHIRAN

*Penulisan Skrip Drama/Filem

*Penulisan

*Pengucapan Umum

*Penulisan (Rencana & Buku)

*Pengucapan Awam: Berkomunikasi Dengan Keyakinan

*Penulisan Laporan Ilmiah

*Kaedah Pelaporan Berkesan

*Penulisan Novel

*Kemahiran Berbahasa Inggeris: ‘English For Young Muslims’

*Penulisan Makalah Jurnal

*Penulisan Kreatif dan Popular

*Penulisan Artikel & Jurnal

*Penulisan Artikel Majalah & Akhbar

 

SENARAI ORGANISASI YANG PERNAH MENDAPATKAN KHIDMAT PPLI

*Kementerian-Kementerian

*Jabatan Kerajaan

*Persatuan

* Institusi Pengajian/Kolej

*Badan & Lembaga

*Bank

*Syarikat-Syarikat Swasta

*Yayasan

 

SENARAI PROGRAM ORGANISASI

*Pandangan Alam Islam: Muhasabah Diri & Organisasi

*Komunikasi Berkesan & Pemikiran Positif

*Pengukuhan Pasukan (teambuilding) dalam Organisasi

*Pengurusan Tekanan (Stress) & Konflik

*Pengurusan Krisis Di Tempat Kerja

*Penerapan Nilai dalam Organisasi

*Budaya & Etika Kerja Cemerlang

*Imej dan Ketrampilan Diri

*Penyelarasan Sikap dalam Organisasi

*Kepimpinan Dalam Islam

*Keluarga Bahagia, Organisasi Cemerlang

*Fitrah Insani: Pembentukan Jatidiri untuk Organisasi

 

KUMPULAN SASARAN

Program PPLI terbuka kepada semua lapisan masyarakat bergantung kepada kesesuaian setiap program yang dianjurkan.

 

PEGAWAI YANG BERKENAAN

Setiausaha Pejabat: Puan Hafizah binti Mohamed

Statistik

69446
Hari IniHari Ini19
SemalamSemalam94
Minggu IniMinggu Ini19
Bulan IniBulan Ini3004
KeseluruhanKeseluruhan69446

Hadis Pilihan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya "Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan apa saja pun, sekali-kali tidak. Apabila baginda mengingini (menyukai)… Baca lagi

Riwayat Abu Hurairah r.a

Waktu Solat Kuala Lumpur

20 Jamadil Akhir 1435

Imsak
7:30 am
Subuh
7:30 am
Syuruk
7:30 am
Zuhur
7:30 am
Asar
7:30 am
Maghrib
7:30 am
Isyak
7:30 am

MS ISO 9001:2008

"Memahami Islam Membina Peradaban"