Cetak

Pendidikan Islam Asas Pembentukan Akhlak Mulia Remaja

Ditulis oleh Abu Bakar Bin Yang. Posted in Artikel

Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk menjadikan masyarakat kita masyarakat yang berilmu dan berinformasi.Bagi orang Islam, terutamanya para remaja yang bakal mengisi kepimpinan negara masa depan, jenis ilmu yang wajar dipelajari adalah yang mampu membentuk satu pandangan hidup yang sempurna, progresif dan dinamik.Maka dengan itu, ianya menuntut kepada keseimbangan antara ilmu agama dan juga ilmu dunia.

Setiap cabang ilmu perlulah diisi dengan semangat dan roh keagamaan, akhlak atau nilai murni dan moral supaya terasa kesannya dalam jiwa.Ilmu yang dipelajari adalah untuk diamalkan bagi memberi kesan positif kepada mereka yang mempelajarinya.Ilmu yang berguna tetapi tidak diamalkan adalah antara punca terjadinya kepincangan dalam hidup manusia.

Setiap kegiatan penyaluran ilmu dan maklumat atau latihan kemahiran wajib disulami dengan unsur keagamaan seperti kesedaran terhadap aspek ketuhanan dan nilai-nilai akhlak.Jangan sekali-kali menganggap kesedaran agama adalah hanya diterapkan apabila berada di kelas atau ceramah agama sahaja, malah kesedaran dan penghayatan agama itu adalah di setiap ruang lingkup kehidupan seorang manusia.

Setiap pihak, terutama pendidik dan ibubapa bertanggungjawab untuk membawa perubahan yang positif dalam pendidikan terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan remaja.Kegagalan memberikan perhatian terhadap aspek berkenaan bakal melahirkan manusia yang gagal bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan menjadikan kehidupan mereka terumbang ambing.Di mana kesannya hanya akan menjadikan mereka hidup umpama mesin biologi untuk memenuhi keperluan biologikal sahaja.

Imam al-Ghazali mentakrifkan pendidikan itu sebagai "mengeluarkan perangai buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik."Dari sini kita dapat melihat bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan tujuan untuk melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia.Ianya juga bertujuan untuk menghasilkan perubahan positif kepada pembentukan pemikiran dan tindakan seseorang individu yang seterusnya akan membolehkannya berfungsi dengan sempurna dalam masyarakat atau ruang lingkup kegiatannya sama ada di alam persekolahannya, pekerjaannya, rumah tangganya atau sebagainya.

Tanpa suatu arah perubahan tertentu, lebih-lebih lagi jika yang terbentuk pada peribadi berkenaan adalah perubahan negatif, bererti sudah berlaku suatu bentuk kegagalan dalam usaha pendidikan.Kegagalan untuk memupuk akhlak terpuji dalam diri manusia adalah suatu bencana kerana tujuan asas pendidikan sudah tersasar jauh daripada mencapai matlamatnya.

Bayangkanlah apabila kandungan pendidikan yang tidak seimbang menghasilkan manusia yang tidak jelas "standard" moralnya atau hala tuju hidupnya.Kehidupan seharian mereka hanyalah untuk memenuhi keperluan biologikal seperti makan-minum, perlindungan, berkeluarga dengan tanpa rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Kegagalan seperti ini patut dibuat 'bedah-siasat' berdasarkan pertimbangan terhadap pelbagai faktor seperti tahap kewibawaan ilmu dan peribadi guru, kesahihan sistem pendidikan yang dipakai, kadar sokongan ibubapa dan keluarga, keprihatinan dan kewibawaan pemimpin setiap peringkat serta suasana persekitaran masyarakat dan negara di mana membesarnya seseorang individu.Maka dengan itu, satu penilaian yang sahih dan saksama dengan mengenepikan unsur sentimen dan prejudis perlu dilaksanakan supaya terbuka ruang ke arah penyelesaian yang lebih konkrit.

Oleh hal yang demikian, tanggungjawab pendidikan adalah amanah bagi semua pihak, dan ianya menuntut agar setiap lapisan masyarakat memahami konsep pendidikan sebenar supaya matlamat pendidikan yang ingin dicapai tidak tersasar.Keberhasilan sesuatu usaha pendidikan di mana-mana peringkat adalah ditinjau daripada sejauh mana perubahan positif yang mampu dicapai dalam selang masa tertentu terhadap seseorang, terutamanya terhadap golongan remaja masa kini.


Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa kalangan remaja khususnya pelajar adalah merupakan aset dan potensi yang sangat perlu dipelihara kerana untung nasib masa depan sesebuah masyarakat dan negara adalah terletak sepenuhnya di atas bahu mereka.Mereka adalah pewaris yang sah tamadun masa kini untuk dilanjut dan dipertingkatkan mutunya pada masa akan datang.


Dalam konteks negara kita, kalangan remaja membentuk peratusan yang besar daripada keseluruhan jumlah penduduk negara.� Maka kita tentunya tidak akan membiarkan remaja dengan permasalahannya begitu sahaja tanpa ada sebarang jalan penyelesaian.Satu kaedah yang mantap dan sesuai perlulah dicari supaya para remaja kita tidak berterusan terperangkap di bawah penguasaan unsur-unsur negatif.


Untuk mewujudkan gaya hidup dan budaya yang berkualiti dan bermutu, selain daripada menyediakan pendekatan pendidikan yang 'Islamik' seperti yang telah diketengahkan, kita nampaknya tidak ada banyak pilihan melainkan mewujudkan sistem kawalan sosial yang berkesan di pelbagai peringkat kehidupan.Sistemkawalan sosial yang rapi dan munasabah mestilah diwujudkan bermula dari institusi perundangan dan pentadbiran negara hinggalah kepada institusi keluarga dan persekolahan.


Pihak berkuasa mestilah mempunyai visi yang jelas tentang kualiti dan mutu budaya serta gaya hidup yang ingin dibangunkan.Selaras dengan itu juga, penyediaan satu garis panduan atau peraturan hendaklah digubal dan dipatuhi oleh setiap pihak yang terlibat, terutamanya saluran media yang nampaknya begitu berpengaruh dalam membentuk pemikiran dan perilaku remaja masa kini.

Statistik

90905
Hari IniHari Ini13
SemalamSemalam186
Minggu IniMinggu Ini444
Bulan IniBulan Ini2711
KeseluruhanKeseluruhan90905

Hadis Pilihan

Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.: Aku mengeluh kepada Rasulullah Saw. bahawa aku sakit.Beliau menyuruhku untuk mengerjakan tawaf di belakang orang-orang… Baca lagi

Riwayat Ummu Salamah r.a.

MS ISO 9001:2008

"Memahami Islam Membina Peradaban"