Pembantu Tadbir Gred 19

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).

 1.1  (a)  Jawatan :  Pembantu Tadbir Gred 19 (1 kekosongan)
(b) Kumpulan : Pelaksana
(c) Taraf Jawatan : Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
 

1.2

 

Gaji Pokok

 

:

Gaji Minimum                 : RM1,488.00Gaji Maksimum               : RM4,230.00Kenaikan Gaji Tahunan   : RM100.00
1.3 (a) Elaun
(i)      Khas : RM115.00
(ii)    Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)  

:

RM300.00
(iii)   Bantuan Sara Hidup  

:

RM300.00
1.4 Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)   Warganegara Malaysia;

(b)   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)    Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM; atau

(d)   Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pengurusan pejabat di sektor awam atau swasta; (e)    Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam perhubungan korporat; serta (f)    Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

1.5 BidangTugas : Membantu Ketua Unit Perhubungan Korporat dalam hal ehwal pengurusan berkaitan media, perhubungan awan dan pendokumentasian.
1.6 Cara Permohonan : Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-62046304   Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 23 Januari 2017.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.