Perutusan Pengerusi

Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya laman web Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ini berjaya dizahirkan juga akhirnya.  Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda melayari Laman Web Rasmi IKIM ini dan berharap agar anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Laman Web Rasmi IKIM merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap “Kefahaman Islam” yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Arus perkembangan dunia ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap ‘teknologi komunikasi’ yang membolehkan semua masyarakat dunia mendapatkan sebarang maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah.

Dengan terciptanya laman web ini, pihak IKIM mengalu-alukan era maklumat segera dan tidak terhad ini. Terbinanya laman web ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini, dan dapat mengenali IKIM dengan lebih dekat lagi.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga IKIM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahirkan dan menjayakan penciptaan laman web rasmi ini.

Insha-Allah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

pengerusiIKIM

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

IKIM Chairman