Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan atau ringkasnya EMAS merupakan salah satu daripada tiga buah pusat akademik yang terdapat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sebelum dikenali sebagai pusat EMAS yang memberi tumpuan dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan, ia merupakan sebuah pusat akademik yang turut memfokuskan penyelidikan di dalam bidang sains dan teknologi.  Bagaimanapun pada 2004, IKIM telah menstruktur semula pusat ini dengan mengeluarkan bahagian yang berkaitan dengan sains dan teknologi  tersebut untuk dijadikan sebagai sebuah pusat yang berasingan. Jadi mulai 1 Februari 2004, pusat ini dikenali sebagai Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial. Bagaimanapun selepas penjenamaan semula yang dilakukan oleh IKIM pada 2010, pusat ini mula dikenali dengan namanya sekarang iaitu Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan.

Fungsi
Memberi kefahaman Islam melalui aktiviti penyelidikan, penganjuran program, penerbitan, perundingan, penulisan dan penyampaian.

Sesuai dengan namanya, aktiviti penyelidikan ahli-ahli pusat EMAS terarah kepada bidang-bidang yang berkaitan dengan ekonomi Islam, pengurusan, psikologi, pendidikan dan falsafah.

KARYA DAN TULISAN AHLI AKADEMIK EMAS

Hasil penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh ahli akademik pusat EMAS adalah berbentuk makalah akhbar, artikel jurnal, proseding seminar dan buku serta monograf. Artikel-artikel ahli pusat EMAS disiarkan di dalam akhbar-akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan The Star. Artikel-artikel yang ini boleh dicapai melalui laman web IKIM di pautan ini : http://www.ikim.gov.my

Manakala bagi buku-buku pula, kebanyakannya diterbitkan oleh IKIM sendiri. Antara karya-karya ahli pusat EMAS yang telah diterbitkan dan boleh diperolehi di pasaran ialah  seperti buku Asas Memacu Ekonomi Ummah : Satu Pandangan; Model Baru Ekonomi : Satu Tinjauan Dari Perspektif Islam dan Ibn Al-‘Arabi’s Conception of Religion. Bagi senarai lengkap terbitan IKIM sila klik http://www.ikim.gov.my dan untuk pembelian secara talian sila klik http://www.ikimniaga.my .

Pusat EMAS digerakkan oleh 8 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang pengarah dan dibantu oleh 7 orang kakitangan lain. Daripada 8 orang kakitangan ini, 6 daripada mereka adalah kakitangan akademik manakala yang selebihnya adalah kakitangan sokongan.

Pegawai Berkenaan Pengkhususan Bidang Ilmiah & Biodata
Dr. Muhammad Hisyam Mohamad
Felow Kanan / Pengarah
Emel : [email protected]
Islamic Economics
Standard Pengurusan Halal
Perancangan Kewangan Islam
Puan Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman
Felow Kanan
Emel : [email protected]
Keluarga
Wanita
Puan Suzana binti Md Samsudi
Felow

Emel : [email protected]
Pemasaran dan Ekonomi Halal
Pengurusan Dana dan Kewangan Islam
Dr. Muhammad Syafiq bin Borhanuddin 
Felow

Emel : [email protected]
Falsafah Pembangunan
Pemikiran Islam Semasa
Dialog Peradaban
Puan Nur Syahidah Binti Abdul Jalil
Felow

Emel : [email protected]
Ekonomi Islam
Ekonomi Buruh
Pelaksana
Puan Hawa binti Abdul Aziz
Setiausaha Pejabat
Emel : [email protected]
Puan Nurul Ashiqin binti Ab. Karim
Pembantu Tadbir Kanan

Emel: [email protected]

Tel: (GL) 03-6204 6200 (DL) 03-6204 6222 / 225