 |
Semua Kakitangan Institut Kefahaman Islam Malaysia boleh memohon menjadi Ahli Biasa sama ada taraf jawatan secara kontrak, pinjaman ataupun tetap. |
 |
Bekas kakitangan Institut Kefahaman Islam Malaysia boleh memohon menjadi Ahli Bersekutu. |
 |
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. |
 |
Ahli-ahli Bersekutu adalah dipelawa untuk menyertai setiap aktiviti Kelab. |
 |
Ahli-ahli Bersekutu dikecualikan daripada menikmati beberapa keistimewaan seperti tidak boleh mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab, kemudahan pinjaman Kelab, pemberian cenderahati dan pemberian insentif pelajaran. Ahli-ahli Bersekutu juga dikehendaki menanggung sendiri kos penginapan dan pengangkutan apabila menyertai Hari Keluarga IKIM dan setiap aktiviti Kelab akan dimaklumkan dari masa ke semasa. |
 |
Bayaran keahlian minimum ialah RM2.00 dan kepada Ahli Bersekutu dikenakan sebanyak RM 5.00. |
 |
Yuran tahunan bagi Ahli Bersekutu sebanyak RM 20.00 |
 |
Kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa atau Pengerusi. |
 |
Kakitangan Institut Kefahaman Islam Malaysia yang meletakkan jawatannya di IKIM adalah secara automatik berhenti daripada menjadi ahli dan dikehendaki membayar segala hutang. |
 |
Ahli-ahli yang berhenti daripada menjadi ahli Kelab boleh diraikan dan akan diberi cenderahati oleh Kelab.
|