Hari Keluarga Kelab IKIM
Jun 2010

 

 

 

 

 
 
 
   
 
 
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana Kelab IKIM telah bertapak dengan kukuhnya selama 10 tahun sejak penubuhan pada 6 Mac 2000. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang tempoh ini. Alhamdulillah pada tahun 2009, aktiviti yang julung kali dianjurkan iaitu Hari Keluarga IKIM telah di buat dengan jayanya di Felda Residence Terkam, Pahang. Penyertaan daripada ahli-ahli kelab semasa program  tersebut dan kerjasama daripada pihak luar adalah sangat memberangsangkan.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Hari Keluarga tersebut  terutamanya Ahli Jawatankuasa dan penglibatan ahli-ahli kelab. Saya percaya program ini telah mencapai matlamatnya dalam mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan kita semua.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Kelab IKIM yang sentiasa bertungkus-lumus mengadakan pelbagai aktiviti untuk kecerian kelab seperti pertandingan memancing, pertandingan Futsal dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga kepada ahli Kelab IKIM yang telah mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kelab. Sesungguhnya komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak amat dihargai.

Tanpa kerjasama yang erat dan bersatu padu daripada semua pihak, sudah pastilah segala program yang dirancang sepanjang tahun tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kerana membenarkan kita mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim antara kita.
 
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Yang Ikhlas,
Tuan Hj. Abd. Karim Bin Hj. Husain
Pengerusi Kelab IKIM

 
 
 
   
 
 
© 2005 Kelab Kebajikan Institut Kefahaman Islam Malaysia