• Tender / Quotation
  • Malay
  • English
ikimikim
Contact Us
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Operating Hours
Mon - Fri 08:00 - 17:30
Email
[email protected]
  • MAIN
  • CORPORATE INFO
    • CORPORATE INFO
    • Chairman’s Message
    • Basic Information
      • Basic Information
      • Introduction & The Establishment
      • Objective & Quality Policy
      • Functions, Vision, Mission & Value
      • Client’s Charter
      • Logo
      • Organisation Chart
      • Function Chart
    • Board of Directors
    • Top Management
      • Top Management
      • Director-General’s Office
    • Senior Management
    • Director-General’s Office
      • Director-General’s Office
      • Editorial Unit
      • Corporate Relations Unit
      • Library Unit
      • IKIM Press
      • Programmes & Training Unit
    • Academic
      • Academic
      • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
      • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
      • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
    • Financial Management & Investments Division
    • Management Services
      • Management Services
      • Director’s Office (BKP)
      • Administration and Procurement Unit
      • Integrity & Quality Unit
      • Technical and Infrastructure Unit
      • Information and Communication Technology Unit
      • Human Capital Unit (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Broadcast Engineering Unit
      • Digital Technology Unit
    • tvIKIM
    • Economy and Marketing Division
      • Economy and Marketing Division
      • Economic Development & Credit Control
        • Economic Development & Credit Control
        • Credit Control & Cost Management Section
        • Traffic Section
      • Marketing & Promotion Unit
    • IKIM Corporate Video
    • Recruitment
  • PRODUCT & SERVICES
    • PRODUCT & SERVICES
    • Programmes
    • Publisher & Production
      • Publisher & Production
      • Book Catalogue
      • Publications IKIM
      • Audio & Video Product
    • Consulting
      • Consulting
      • Academic Officer Expert Service
    • Advertisement @ Radio IKIM 2021
    • Event Management
  • MEDIA
    • MEDIA
    • ARTICLE
      • ARTICLE
      • List of Authors
      • List of Categories
        • List of Categories
        • Web Article
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • Utusan Malaysia
        • The Star
        • New Straits Times
    • Bulletin
      • Bulletin
      • e-Bulletin
      • Monthly Bulletin
    • Text
    • Media Statement
    • Download
    • Video
      • Video
      • Corporate Video
      • Video tvIKIM
  • CONTACT
    • CONTACT
      • Detail Contact

        Address :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        Phone :

        +60 3-6204 6200

        Email :

        pr[email protected]

    Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
    • MAIN
    • CORPORATE INFO
      • CORPORATE INFO
      • Chairman’s Message
      • Basic Information
        • Basic Information
        • Introduction & The Establishment
        • Objective & Quality Policy
        • Functions, Vision, Mission & Value
        • Client’s Charter
        • Logo
        • Organisation Chart
        • Function Chart
      • Board of Directors
      • Top Management
        • Top Management
        • Director-General’s Office
      • Senior Management
      • Director-General’s Office
        • Director-General’s Office
        • Editorial Unit
        • Corporate Relations Unit
        • Library Unit
        • IKIM Press
        • Programmes & Training Unit
      • Academic
        • Academic
        • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
        • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
        • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
      • Financial Management & Investments Division
      • Management Services
        • Management Services
        • Director’s Office (BKP)
        • Administration and Procurement Unit
        • Integrity & Quality Unit
        • Technical and Infrastructure Unit
        • Information and Communication Technology Unit
        • Human Capital Unit (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Broadcast Engineering Unit
        • Digital Technology Unit
      • tvIKIM
      • Economy and Marketing Division
        • Economy and Marketing Division
        • Economic Development & Credit Control
          • Economic Development & Credit Control
          • Credit Control & Cost Management Section
          • Traffic Section
        • Marketing & Promotion Unit
      • IKIM Corporate Video
      • Recruitment
    • PRODUCT & SERVICES
      • PRODUCT & SERVICES
      • Programmes
      • Publisher & Production
        • Publisher & Production
        • Book Catalogue
        • Publications IKIM
        • Audio & Video Product
      • Consulting
        • Consulting
        • Academic Officer Expert Service
      • Advertisement @ Radio IKIM 2021
      • Event Management
    • MEDIA
      • MEDIA
      • ARTICLE
        • ARTICLE
        • List of Authors
        • List of Categories
          • List of Categories
          • Web Article
          • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
          • Sinar Harian
          • Utusan Malaysia
          • The Star
          • New Straits Times
      • Bulletin
        • Bulletin
        • e-Bulletin
        • Monthly Bulletin
      • Text
      • Media Statement
      • Download
      • Video
        • Video
        • Corporate Video
        • Video tvIKIM
    • CONTACT
      • CONTACT
        • Detail Contact

          Address :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          Phone :

          +60 3-6204 6200

          Email :

          [email protected]

      Utusan Malaysia

      Kita Semua ‘Perajurit’ Negara

      • Puan Nur Syahidah binti Abdul Jalil
      • 10/09/2019

      Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, daulat secara umumnya bermakna bahagia, benar dan kuasa tertinggi. Jadi kedaulatan negara bolehlah difahami sebagai kebahagiaan (keamanan) bagi negara dan juga merujuk kuasa tertinggi dalam negara yakni Raja-raja. Oleh itu, apabila menyebut tentang mempertahankan kedaulatan negara dan undang-undang, semestinya ia bermaksud untuk mengekalkan keamanan dan kuasa tertinggi dalam negara serta pengamalan undang-undang yang benar ke atas setiap individu.

      Secara umumnya, mempertahankan kedaulatan negara ini adalah tugasan barisan perajurit kita. Tidak lagi berada dalam kancah peperangan, tidaklah pula bermaksud tugasan barisan perajurit kita semakin mengurang sehingga menjadi beban kepada negara. Adakah kita lupa bahawa ancaman peperangan bukan sahaja boleh datang dari luar, tetapi juga dari dalam negara sendiri?

      Peristiwa pemberontakan kumpulan Al-Maunah yang melancarkan peperangan kepada Yang Di-Pertuan Agong pada Julai 2000 di Perak  misalnya, telah ditumpaskan oleh barisan perajurit kita bersama-sama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Walau bagaimanapun insiden ini telah mengorbankan nyawa dua orang wira kita. Begitulah tingginya harga sebuah kedaulatan yang mungkin tidak difahami sepenuhnya oleh orang awam seperti kita.

      Jadi sebenarnya demi mengekalkan kedaulatan, masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh barisan perajurit kita. Hal ini termasuklah latihan yang berterusan, hubungan diplomatik ketenteraan yang baik, penyelenggaran terbaik aset ketenteraan, pemantauan sempadan negara dan khidmat bakti ihsan di peringkat domestik dan antarabangsa.

      Pada hari ini, menjadi sebuah negara membangun dan mempunyai saiz ekonomi yang kecil, kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia perlu sentiasa berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negara dengan cara yang berbeza. Kita berada dalam zon “peperangan” terbaharu terutama dalam aspek ekonomi dan sahsiah diri. Suka ataupun tidak, ‘cash is king’. Dengan wang dan kekayaan, banyak perkara yang boleh diselesaikan atau dinyatakan tanpa mengira ia adalah perkara yang baik atau sebaliknya. Sebab itulah, ada “orang kaya” tanpa segan silu memperlekeh tugasan barisan perajurit negara yang mempertahankan kedaulatan Malaysia.

      Mempertahankan kedaulatan negara pada hari ini termasuklah mempunyai hak untuk membuat keputusan tanpa dipaksa mengenai apa-apa perkara tentang negara ini selagi mana tidak menyalahi undang-undang yang disepakati. Hak itu juga dibuat setelah menimbangtara akan semua perkara yang boleh mengekalkan kebahagiaan masyarakatnya.

      Sebagai contoh, walaupun Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, tidak semua firma perniagaan dibenarkan untuk bertapak di negara ini demi melindungi pengeluar dan pengguna domestik. Begitu juga tentang undang-undang yang tidak disepakati seperti perkahwinan sejenis. Walaupun ada negara maju yang mengiktiraf perkahwinan tersebut, Malaysia memilih untuk tidak berbuat demikian kerana mengambil kira Islam sebagai agama persekutuan.

      Jadi, bagaimana bagi sebuah negara bersaiz ekonomi kecil seperti Malaysia untuk mempertahankan kedaulatannya? Jawapannya ialah melalui kerjasama setiap warganegara Malaysia. Perjuangan mempertahankan kedaulatan negara bukan lagi dengan mengangkat senjata semata-mata. Sebaliknya medan “peperangan” baharu yakni ekonomi dan sahsiah diri ini boleh dimenangi melalui pendidikan.

      Dalam aspek ekonomi, pendidikan formal menggalakkan inovasi dan membantu insan mengeluarkan diri dari kepompong kemiskinan. Dengan pendidikan, Malaysia boleh menjadi setanding dengan negara maju yang lain apabila memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang. Dengan pendidikan juga, Malaysia boleh merangka gerak kerja yang strategik demi menjamin keamanan negara.

      Dari segi sahsiah diri pula, selain dari sekolah, keluarga dan ahli masyarakat juga perlu memberi pendidikan kepada generasi muda khususnya melalui tauladan yang baik. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan sebenar mereka dalam kehidupan anak-anak. Jika kita sebagai ibu bapa mempunyai tabiat buruk seperti merokok dan menonton video lucah, usah diharap anak-anak tidak akan terjebak dalam kegiatan tersebut satu masa nanti. Begitu juga sekiranya kita sebagai individu yang selalu memotong barisan, membuang sampah di merata-rata, menjadi samseng di jalan raya dan rasis, generasi baharu Malaysia akan melihat perkara ini sebagai satu budaya dan cara hidup.

      Sahsiah diri yang mulia adalah salah satu kriteria penting untuk mencapai kebahagiaan hidup terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Sahsiah diri yang baik mendorong insan untuk melakukan kebaikan kepada manusia yang lain dan juga alam sekitar.

      Islam menggalakkan kita untuk berbuat baik kepada yang lain. Allah berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud:

       “Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun; dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takbur dan membangga-banggakan diri.” Demimu Malaysia, berjanjilah untuk sentiasa setia dan mempertahankan kedaulatannya. Keamanan yang dikecapi pada hari ini amat mahalnya harganya. “Semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti.” Siapapun kita, miskin atau kaya, kita semua “perajurit” negara. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62.

      Share

      Search

      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – IKIM JOURNAL
      • LIBRARY
      • Recruitment
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • FAQ

      FEATURED HADITH

      Allah's Messenger (ﷺ) said, "Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind."

      (Sahih al-Bukhari)

      STAFF @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • MyIKIM
      • IDAM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik

      OFFICIAL LINKS

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR CODE

      DISCLAIMER

      Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) is not liable for any loss or damage that caused by the usage of any information obtained from this website.

      INFORMATION

      • Privacy Policy
      • Frequently Asked Questions

      logo ikim edit shadow smallCopyright © 2020 Institute of Islamic Understanding Malaysia. All Rights Reserved.

      • Main Main
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter