• Tender / Quotation
  • Malay
  • English
ikimikim
Contact Us
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Operating Hours
Mon - Fri 08:00 - 17:30
Email
[email protected]
  • MAIN
  • CORPORATE INFO
    • CORPORATE INFO
    • Chairman’s Message
    • Basic Information
      • Basic Information
      • Introduction & The Establishment
      • Objective & Quality Policy
      • Functions, Vision, Mission & Value
      • Client’s Charter
      • Logo
      • Organisation Chart
      • Function Chart
    • Board of Directors
    • Top Management
      • Top Management
      • Director-General’s Office
    • Senior Management
    • Director-General’s Office
      • Director-General’s Office
      • Editorial Unit
      • Corporate Relations Unit
      • Library Unit
      • IKIM Press
      • Programmes & Training Unit
    • Academic
      • Academic
      • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
      • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
      • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
    • Management Services and Finance
      • Management Services and Finance
      • Director’s Office (BKP & KEW)
      • Finance & Investments Unit
      • Administration and Procurement Unit
      • Integrity & Quality Unit
      • Technical and Infrastructure Unit
      • Information and Communication Technology Unit
      • Human Capital Unit (UMIN)
    • Media Centre
      • Media Centre
      • Director’s Office
        • Director’s Office
        • Radio IKIM
          • Radio IKIM
          • Broadcast Engineering Unit
        • IKIMtv
    • Economy & Marketing Division
      • Economy & Marketing Division
      • Introduction To Economy & Marketing Division
      • Economy & Marketing Division
      • Economic Development & Credit Control Unit
        • Economic Development & Credit Control Unit
        • Credit Control Section
        • Traffic Section
      • Marketing & Promotion Unit
    • IKIM Corporate Video
    • Recruitment
  • PRODUCT & SERVICES
    • PRODUCT & SERVICES
    • Programmes
    • Publisher & Production
      • Publisher & Production
      • Book Catalogue
      • Publications IKIM
      • Audio & Video Product
    • Consulting
      • Consulting
      • Academic Officer Expert Service
    • Facilities Rental
    • Advertisement @ IKIMfm 2019
    • Event Management
  • CONTACT
    • CONTACT
      • Detail Contact

        Address :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        Phone :

        +60 3-6204 6200

        Email :

        [email protected]

    • MEDIA
      • MEDIA
      • Bulletin
        • Bulletin
        • e-Bulletin
        • Monthly Bulletin
      • Text
      • Media Statement
      • Download
      • Video
        • Video
        • Corporate Video
        • Video tvIKIM
    • ARTICLE
      • ARTICLE
      • List of Authors
      • List of Categories
        • List of Categories
        • Web Article
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • Utusan Malaysia
        • The Star
        • New Strait Times
    Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) Official Website: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
    • MAIN
    • CORPORATE INFO
      • CORPORATE INFO
      • Chairman’s Message
      • Basic Information
        • Basic Information
        • Introduction & The Establishment
        • Objective & Quality Policy
        • Functions, Vision, Mission & Value
        • Client’s Charter
        • Logo
        • Organisation Chart
        • Function Chart
      • Board of Directors
      • Top Management
        • Top Management
        • Director-General’s Office
      • Senior Management
      • Director-General’s Office
        • Director-General’s Office
        • Editorial Unit
        • Corporate Relations Unit
        • Library Unit
        • IKIM Press
        • Programmes & Training Unit
      • Academic
        • Academic
        • Centre for Economics & Social Studies (EMAS)
        • Centre for the Study of Shari’ah, Law & Politics (SYARAK)
        • Centre of Science & Environment Studies (KIAS)
      • Management Services and Finance
        • Management Services and Finance
        • Director’s Office (BKP & KEW)
        • Finance & Investments Unit
        • Administration and Procurement Unit
        • Integrity & Quality Unit
        • Technical and Infrastructure Unit
        • Information and Communication Technology Unit
        • Human Capital Unit (UMIN)
      • Media Centre
        • Media Centre
        • Director’s Office
          • Director’s Office
          • Radio IKIM
            • Radio IKIM
            • Broadcast Engineering Unit
          • IKIMtv
      • Economy & Marketing Division
        • Economy & Marketing Division
        • Introduction To Economy & Marketing Division
        • Economy & Marketing Division
        • Economic Development & Credit Control Unit
          • Economic Development & Credit Control Unit
          • Credit Control Section
          • Traffic Section
        • Marketing & Promotion Unit
      • IKIM Corporate Video
      • Recruitment
    • PRODUCT & SERVICES
      • PRODUCT & SERVICES
      • Programmes
      • Publisher & Production
        • Publisher & Production
        • Book Catalogue
        • Publications IKIM
        • Audio & Video Product
      • Consulting
        • Consulting
        • Academic Officer Expert Service
      • Facilities Rental
      • Advertisement @ IKIMfm 2019
      • Event Management
    • CONTACT
      • CONTACT
        • Detail Contact

          Address :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          Phone :

          +60 3-6204 6200

          Email :

          [email protected]

      • MEDIA
        • MEDIA
        • Bulletin
          • Bulletin
          • e-Bulletin
          • Monthly Bulletin
        • Text
        • Media Statement
        • Download
        • Video
          • Video
          • Corporate Video
          • Video tvIKIM
      • ARTICLE
        • ARTICLE
        • List of Authors
        • List of Categories
          • List of Categories
          • Web Article
          • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
          • Sinar Harian
          • Utusan Malaysia
          • The Star
          • New Strait Times
      Article

      Maksud Mengutamakan Produk Muslim

      • Dr Nor Azaruddin Husni bin Hj. Nuruddin
      • November 25, 2019

      Isu yang hangat dibincangkan di media sosial ketika ini ialah berkaitan dengan kempen keutamaan membeli barangan orang Islam yang telah dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu. Kempen ini telah menimbul berbagai reaksi ada yang bersetuju dan ada yang menentang dan tidak kurang juga yang menjadikan kempen ini sebagai batu loncantan untuk  kepentingan politik.  Dalam artikel kali ini saya cuba mengupas isu ini supaya kita  melihat dari berbagai-bagai perspektif.

      Pertama sekali kita perlu fahami atau kita sepatutnya dapat membezakan dua perkataan ini iaitu ‘mengutamakan produk muslim” dan ‘membokot produk non-muslim’. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud dan kesan yang berbeza. Mengutamakan atau priority adalah bermaksud kita memberi keutamaan tetapi kita tidak memboikot.

      Sebagai contoh, dalam kita mengurus kerja seharian semua kerja-kerja tersebut adalah penting untuk kita selesaikan dalam tempoh masa tetapi kita mestilah pandai untuk menyempurnakan kerja kita mengikut keutamaan dan kita tidak memboikot kerja tersebut.

      Begitu juga terhadap produk yang berada di pasaran, bagi seseorang Muslim disarankan untuk mengutamakan membeli produk daripada pengeluar Muslim. Mengutamakan produk Muslim ini pada asasnya akan memberi kebaikan kepada Muslim itu sendiri. Apabila perniagaan Muslim itu bertambah maju maka peniaga-peniaga Muslim tersebut dapat bersedekah (2:271).

       Begitu juga dengan kewajipan membayar zakat (2:43) dan juga dengan infaq. Terdapat beberapa perkara yang disebut di dalam al-Quran berkaitan dengan infak. Antaranya ialah anjuran untuk berinfak (2:261) dan ancaman bagi orang yang tidak menginfakkan hartanya (3:180) dan berwakaf (3:92).  Produk-produk dari pengeluar Muslim ini sudah semestinya kita yakin dengan status halalnya.  

      Seperkara lagi, berkaitan dengan produk halalan toyyiban ini bukan sahaja dilihat dari segi penggunaannya tanpa was-was tetapi ianya dapat memberi impak terhadap ekonomi. Bagi pengeluar non-muslim tujuan mereka memohon logo halal adalah semata-mata untuk memasuki pasaran Muslim di dalam dan di luar negara iaitu produk halal yang dilihat dari sudut ekonomi.

      Namun, sekiranya penggunaan Muslim ingin membeli produk daripada non-Muslim atas sebab pertimbangan mereka seperti lebih kualiti, harga lebih murah  dan perkhidmatan yang lebih bagus maka kempen ini tidak menjadi masalah bagi mereka kerana hak membeli ini terpulang kepada individu sebagaimana syarat-syarat jual beli adalah redha atau suka sama suka (4:29).

      Jika hak membeli ini kita lihat dari segi sejarah, pada tahun 1981 iaitu setelah 2 bulan  Tun Dr Mahathir menjadi perdana Menteri ke-4, beliau telah melancarkan kempen Buy British Last. Kempen ini bermakna membeli barangan British sebagai pilihan terakhir. [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981]. Kempen ini adalah untuk menyatakan tentangan dan ketidakpuasan hati tindakan British kepada Malaysia dengan menggunakan hak sebagai pengguna.

                  Jika kita masih ingat kempen hak sebagai pengguna ini dilaksanakan atas 3 sebab. Pertama apabila kerajaan British telah menaikkan yuran pengajian pelajar daripada $300 ke $900 yang menyusahkan 13,000 pelajar tajaan Malaysia yang belajar di Britain. [New Strait Times, 27 May 1981]

      Kedua, Tun Dr Mahathir telah mengarahkan supaya  syarikat Guthrie ketika itu menjadi milik syarikat British yang memiliki 200,000 ekar ladang getah di Malaysia kembali menjadi milik rakyat Malaysia.

      Ketiga, tindakan British yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airline di lapangan terbang Heathrow.

      Ketiga-tiga perkara ini telah menimbulkan kemarahan kepada Tun Dr. Mahathir. Beliau adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan negara dan meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya. Peristiwa ini memberi kesan kepada negara menyebabkan Tun Dr. Mahathir  melakukan serang hendap di London Stock Exchange (LSE) yang dikenali sebagai operasi “Dawn Raid”. Akhirnya, Malaysia sebagai sebuah negara kecil telah berjaya mengambl alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka. Atas sebab peristiwa ini dengan segera LSE telah menukar kod pengambilalihan (take over) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat yang lain.

      Selepas 5 bulan Malaysia memperkenalkan kempen ini maka, pada Februari 1982, British telah menghantar Setiausaha Luarnya Baron Carrington dan Menteri Pertahanan John Notts untuk bertemu dengan Tun Dr. Mahathir tetapi Tun Dr. Mahathir tidak mahu berjumpa.

      Akhirnya, Margaret Thatcher yang dikenali sebagai wanita besi ingin menamatkan kempen ini dan beliau berjumpa dengan Tun Dr Mahathir dan kempen ini pun ditamatkan.

      Pengajaran dari peristiwa ini ialah, hak kita sebagai pengguna adalah senjata yang dapat kita gunakan untuk menyatakan sesuatu. Hak sebagai pengundi hanya boleh di suarakan setiap 4 tahun sekali tetapi hak sebagai pengguna hampir setiap masa.

      Selain itu, ingin saya kongsikan pengalaman berkaitan dengan hak pengguna. Bagi sesiapa yang pernah bekerja di syarikat Jepun mereka mesti ada pengalaman melihat bagaimana Jepun mengutamakan produk mereka. Sebagai contoh, apabila syarikat Jepun datang ke Malaysia dan membina kilang di Malaysia, mereka tidak akan sesekali menggunakan barang-barang buatan Malaysia. Mereka akan menggunakan barangan atau perkhidmatan Jepun samada yang sedia ada di Malaysia atau yang diimport dari Jepun. Mereka mempunyai satu sistem yang lengkap bermula daripada bahan mentah raw material sehingga ke produk akhir. Syarikat penghantaran, syarikat insuran, syarikat pembinaan, syarikat pendawaian, syarikat yang membekalkan bahan-bahan mentah dan lain-lain akan saling bantu membantu yang mana kesemuanya ini  adalah milik syarikat Jepun walaupun syarikat-syarikat tersebut menawarkan harga yang mahal. Ini adalah kerana mereka mengutamakan produk Jepun dan mereka tidak bermaksud untuk memboikot produk Malaysia.

      Begitu juga pada masyarakat china, mereka mungkin lebih senang atau selesa untuk berurusniaga dengan bangsa mereka sendiri. Faktor ini mungkin banyak persamaan dari segi bahasa, budaya dan adat resam. Sebagai contoh, mereka akan memilih kontraktor, kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai makan dan lain-lain dari bangsa mereka sendiri dan perkara ini telah lama berlaku sejak zaman berzaman dan mereka mempunyai rangkaian yang lengkap dan mantap dalam bidang ekonomi ini. Ini adalah kerana ianya bermula dari sikap bantu membantu di antara mereka. Jadi, dalam hal ini mereka sebenarnya mengutamakan produk dari bangsa mereka sendiri dan mereka tidak bermaksud untuk memboikot produk dari bangsa lain.

      Kempen mengutamakan produk Muslim ni bukanlah hanya di Malaysia tetapi ianya telah merebak ke Indonesia dan mungkin ke beberapa negara lain atau ke seluruh dunia. Kempen ini juga akan dibangunkan bersama aplikasi. Aplikasi ini seperti mana Lazada atau Ali Baba cuma yang berbeza ialah hanya produk-produk daripada pengeluar Muslim sahaja dibenarkan untuk memasarkan produk mereka supaya pengguna tidak perlu ragu-ragu terhadap status halal walaupun tidak mempunyai logo halal di samping usaha untuk membantu ekonomi umat Islam sejagat. Siapa lagi yang akan membantu membeli produk Muslim kalau  bukan orang Islam itu sendiri.

      Akhir sekali, apapun kempen yang dilaksanakan hanyalah sebagai kempen dan tidak memaksa mana-mana pihak. Begitu juga dengan kempen mengenai bahaya menghisap rokok yang dilaksanakan oleh kerajaan walupun kempen ini telah bertahun-tahun di laksanakan tetapi sehingga hari ini masih ada orang yang menghisap rokok.

      Share
      • Radio IKIM
      • IKIMtv
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – IKIM JOURNAL
      • LIBRARY
      • Recruitment
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • FAQ

      FEATURED HADITH

      Allah's Messenger (ﷺ) said, "Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind."

      (Sahih al-Bukhari)

      STAFF @ IKIM

      • MyIKIM
      • IKIM Webmail
      • IRMIS
      • IDAM
      • Sistem Pelaporan Akademik

      OFFICIAL LINKS

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR CODE

      DISCLAIMER

      Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) is not liable for any loss or damage that caused by the usage of any information obtained from this website.

      INFORMATION

      • Privacy Policy
      • Frequently Asked Questions

      logo ikim edit shadow smallCopyright © 2019 Institute of Islamic Understanding Malaysia. All Rights Reserved.

      • Main Main
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter
      • Survey Article Reader Survey