Recruitment


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).
1. Jawatan :  Pekerja Awam (3 kekosongan)
2. Taraf Jawatan : Kontrak satu (1) tahun.
3. Gaji/Upah : RM2,000.00
4. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
(a)    Warganegara Malaysia
(b)    Berumur tidak kurang daripada 18 tahun tetapi tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c)    Lulus sekurang-kurangnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d)    Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(e)    Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman/ kemahiran/ minat dalam kerja-kerja seni taman serta biasa melakukan kerja-kerja yang memerlukan keupayaan fizikal yang tinggi.
5. Bidang Tugas : Tugas utama adalah menyelenggara taman, membersihkan kawasan sekitar landskap, memotong/menanam/ menyiram/ trim pokok, mesin rumput serta lain-lain yang berkaitan seni taman, serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
6. Maklumat Tambahan  

:

Calon-calon yang disenarai pendek perlu menjalani ujian kesihatan, fizikal dan teknik/kemahiran senitaman (landskap) sebelum dipanggil untuk temuduga.
7. Cara Memohon : Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang berkenaan, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-62046304   Sebelum atau selewat-lewatnyapada 17 November 2017.Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.