Islam Dan Motivasi Ilmu

Masyarakat Islam sememangnya telah mengetahui bahawa agama Islam yang mereka anuti adalah agama yang memandu mereka ke jalan yang lurus dan diberkati Tuhan. Ajarannya yang meliputi segala aspek kehidupan manusia sebenarnya mengandungi panduan yang amat lengkap dan melangkaui zaman. Atas dasar ini, segala aspek ajaran Islam telah diakui relevan dan sesuai pada setiap masa. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah tahap keupayaan dan kemampuan setiap individu muslim itu untuk mengaplikasikan segala ajarannya secara lebih praktikal lagi bagi menonjolkan ciri-ciri kesesuaiannya agar lebih releven dengan suasana semasa berlandaskan kepada. prinsip-prinsip Islam atau tidak mengabaikan sama sekali cm-cm kerohanian dan keagamaan yang terkandung di dalam ajarannya…

Budaya Selesa : Pemusnah Kegemilangan Bangsa

Setelah hampir 40 tahun mencapai kemerdekaan, Malaysia kini sudah mampu mengorak langkah gagah dan berdiri megah. Satu pencapaian yang cukup membanggakan! Tempoh waktu tersebut sesungguhnya telah mengajar kita banyak perkara. Malahan ia juga telah berjaya mematangkan negara kerana sekiranya tempoh tersebut dinisbahkan pada usia seseorang individu, ia sudah cukup untuk menyempurnakan pertumbuhan peribadi dan kematangannya…

PERPADUAN KE ARAH ‘KHAYRA’ UMMAH

Warga dunia Islam sepakat mengakui bahawa negara Malaysia adalah satu role-model yang boleh disifatkan sebagai perintis ke arah kebangkitan semula Islam yang selama ini dipandang serong oleh pihak barat. Walaupun ianya hanya sebuah negara kecil di rantau Asia Tenggara berbanding dengan negara-negara Arab yang besar di Timur Tengah namun Malaysia ternyata mampu memikul tugas mengembalikan martabat umat Islam sebagai Khayra Ummah dengan kestabilan politik dan ekonomi yang terancang, perpaduan yang semakin kukuh, pendidikan yang bersepadu dan program keislaman yang menuju ke arah kesyumulan serta kesungguhan dalam menanqani permasalahan masyarakat yang masih belum terlambat untuk ditangani. Pun begitu, masyarakat Islam di Malaysia tidak seharusnya “kembang hidung” apabila menerima pujian dari negara lain kerana masih ada beberapa cabaran utama yang mereka harus selesaikan demi memantapkan lagi kedudukan mereka agar kelahiran generasi Khayra Ummah tidak terbantut…