Memelihara Kebajikan Ibu Tunggal
Mengikut Laporan Banci tahun 2000, terdapat seramai 620,389 ibu tunggal berbilang bangsa di negara ini. Kira-kira 529,701 (85.4 peratus) daripada mereka telah kematian suami manakala 90,688 (14.6 peratus) lagi telah bercerai. Para ibu tunggal berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dari segi ekonomi, rata-rata ibu tunggal menjadi lebih miskin berbanding ketika bersuami. Keadaan ini lebih buruk lagi…