Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
1.0. UNIT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMU)
1.1 | (a) Jawatan: Eksekutif Dana Penyelidikan gred DQ41 | |
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | ||
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | ||
1.2 | Jadual Gaji | Minimum RM2,688.00 Maksimum RM9,932.00 Kenaikan gaji tahunan RM225.00 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) |
1.3 | (a) Elaun | |
(i) Khas: RM300.00 | ||
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00 | ||
(iii) Bantuan Sara Hidup: RM300.00 | ||
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 25 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti-universiti Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam sebarang bidang sains, sastera, sains sosial, perundangan, pengajian Islam atau yang bersesuaian; (c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 2 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta akan dinilai sebagai satu kelebihan ; (d) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kemahiran menggunakan komputer, dan; (e) Kemahiran merujuk kepada sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan. |
||
1.5
|
Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama
|
(a) Mengenal pasti sumber-sumber dana luar yang boleh dipohon oleh ahli akademik IKIM untuk menjalankan penyelidikan.
(b) Membangunkan pangkalan data dan membuat hebahan berkenaan dana penyelidikan kepada ahli akademik IKIM. (c) Memberi khidmat nasihat kepada ahli akademik IKIM berkenaan permohonan dana penyelidikan daripada pihak luar dan perancangan bajet projek penyelidikan. (d) Memantau penggunaan bajet penyelidikan dengan kerjasama Bahagian Kewangan dan Pelaburan (BKEP). (e) Membantu Ketua UPP sebagai urus setia dalam urusan pengauditan penyelidikan bagi audit kualiti dalaman, audit oleh SIRIM QAS, audit oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), dan audit oleh pemberi dana. |
2.0
|
Cara Permohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 25 Oktober jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
3.0 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dianggap GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.