Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
1.1 | (a) Jawatan: Eksekutif Pemasaran Gred EP5 (1 kekosongan) | |
(b) Kumpulan: Pelaksana | ||
(c) Taraf Jawatan: Kontrak Berasaskan Kecemerlangan | ||
1.2 | Gaji Pokok: Minimum RM2,500.00 (Berasaskan kepada kebolehan dan pengalaman kerja) |
|
1.3 | (a) Elaun | |
(i) Komunikasi: RM100.00 | ||
(ii) Perjalanan: RM100.00 | ||
(b) Komisen: Komisen akan diberikan berdasarkan prestasi dan pencapaian sasaran jualan. | ||
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan Istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan; (b) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Matrikulasi KPM atau Diploma Pengajian Perniagaan (pengkhususan dalam Pemasaran)/Diploma Pemasaran daripada institusi-institusi pengajian tinggi/swasta atau kelayakan yang diiktiraf oleh IKIM setaraf dengannya; (c) Keutamaan akan diberi kepada calon yang berketerampilan dan fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. (d) Berpengalaman lima (5) tahun dalam bidang jualan dan pemasaran iklan, Penajaan Program radio, dan media sosial di sektor Awam atau swasta; serta (e) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan berpenampilan menarik. |
||
1.5 | Bidang Tugas |
Membantu Pengurus Pemasaran dan Promosi membuat pemasaran dan jualan produk-produk IKIM yang merangkumi iklan radio dan Penajaan program dalaman (radio dan Media Sosial) dan luar (Karnival) serta media sosial. Merancang secara komprehensif dan mengatur kaedah untuk mencapai keuntungan yang maksimum dalam pemasaran yang strategik dan efektif. |
1.6 | Cara Permohonan |
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 6 Mac 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.