Kongres dan Kemelut Pemikiran Melayu
Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat yang diadakan di ibu kota baru-baru ini telah mendengar perbincangan secara berterus terang dan agak teliti tentang banyak isu yang menyentuh daya pemikiran, budaya dan ciri-ciri lain yang membentuk mind-set kaum bumiputera, khususnya orang Melayu. Malahan bengkel tujuh yang membicarakan isu agama dan budaya sebagai asas membina insan bumiputera yang berdaya…