Orang Islam Cemari Imej Agama
SERANGAN ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September yang lalu mengakibatkan masyarakat Islam sentiasa berada dalam keadaan bertahan dan surut ke belakang. Orang Islam pada umumnya menjadi sasaran serangan dari segenap penjuru dunia, sama ada secara kekerasan, atau serangan psikologi, serangan mulut dan kata-kata sinikal. Malah orang Islam sentiasa dipandang penuh waspada dan ragu-ragu.…