Menangani Perceraian Bagi Mengurangkan Kesan Negatifnya Terhadap Anak-Anak
Kita sering mendengar saranan-saranan tentang bagaimana untuk mengelakkan perceraian. Kita juga sudah biasa dengan ceramah-ceramah tentang prosedur-prosedur untuk menuntut cerai. Tetapi jarang sekali orang memperkatakan bagaimana untuk menangani perceraian sekiranya ia berlaku. Jika Islam membenarkan perceraian, ini bererti dalam masyarakat Islam akan ada suami-isteri yang bercerai dan mereka perlu dibantu untuk berhadapan dengan realiti baru…