Kemerdekaan Boleh Hilang Jika Tidak Dijaga
Kemerdekaan memberi erti yang sangat bermakna kepada sebuah negara. Masyarakat Islam di peringkat permulaan di Mekah tidak dapat mengecapi makna kemerdekaan. Nabi sendiri tidak bebas menyebarkan ajaran Islam – terpaksa dilakukan secara senyap-senyap. Penganut Islam tidak bebas melakukan suruhan agama. Bahkan golongan tertentu menyeksa orang yang memeluk agama Islam seperti yang berlaku ke atas Bilal…