Barat Curigai Negara Islam Kuasai Teknologi Nuklear
BUAT sekalian kalinya, tangan tersembunyi yang menjadi dalang dan tok selampit di belakang tabir kepemimpinan pentadbiran Presiden George W Bush di Amerika mempersembahkan wayang terbaru mereka dengan mengaitkan Malaysia dengan perdagangan haram bahan membuat senjata nuklear yang membabitkan sindiket antarabangsa. Bagi rakyat Malaysia yang sedia maklum dengan pendirian negara berhubung isu ‘mencegah penularan’ pasti terkejut…