Niat : Paksi Segala Amalan
Sebagai roh, begitulah kedudukan niat dalam sesuatu amalan atau tindakan seseorang. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Abu Ishaq al-Shatibi r.h. (m.d. 790H./1388M.), salah seorang fuqaha’ agung mazhab Maliki dalam kitabnya, Al-Muwafaqat. Disebabkan kepentingannya itu, maka niat menjadi syarat bagi penerimaan sesuatu amalan atau ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang hamba. Ini sebagaimana dapat dilihat dalam firman…