Renungan Nasib

Sekiranya diteliti ucapan-ucapan siasah Dato’ Onn Ja’afar, kita akan mendapati bahawa apa yang dihasratkan oleh pentad­biran beliau bukan sekadar bertujuan untuk menuntut kemer­dekaan dari kerajaan penjajah British, dan bukan juga bertujuan semata-mata untuk pembangunan kuasa siasah Melayu atau ke arah kemajuan ekonomi orang Melayu. Tujuannya yang lebih besar ialah untuk berjuang menghapuskan sifat haiwaniah manusia…