Ramadhan Bulan Meningkatkan Produktiviti

Sebagaimana yang kita tahu bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain.. Al-Quran ada menyentuh tentang perkara ini. Antaranya ialah tentang kelebihan malam lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Selain itu banyak hadis nabi yang turut menyatakan tentang kelebihan bulan Ramadhan ini terutamanya dari segi pahala amal ibadat yang dilipatgandakan…