Bila Kehakiman Islam Tidak Islami

Ulama bersetuju supaya istilah “kehakiman” atau “al-qada’” difahami sebagai penyelesaian terhadap sebarang konflik antara pihak-pihak yang bertikai dengan menggunakan pendekatan undang-undang yang mengikat. Sehubungan dengan perkara ini, menurut al-Sarakhsi, kehakiman merupakan sebahagian daripada (tugas-tugas) fardu kifayah yang amat penting selepas beriman dengan Allah SWT. Ini kerana kehakiman yang adil akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian…