Menggilap Sifat Keunggulan

Menurut Ibn Miskawayh seorang ahli falsafah akhlak  abad ke 10 (941-1030) dalam karyanya Tahzib al-Akhlaq, setiap kejadian mempunyai sifat keunggulan masing-masing sesuai dengan fungsi dan peranannya  dalam kehidupan. Misalnya, batu mempunyai sifat keras bagi membolehkannya digunakan dalam pelbagai urusan pembinaan. Sementara  di dalam alam haiwan pula, kuda mempunyai sifat kelajuan yang menjadikannya tunggangan yang pantas…