Flotilla Gaza Berjaya Runtuhkan Tembok Kebisuan
Rakyat Malaysia menyambut kepulangan aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) dengan penuh kesyukuran dan kebanggaan. Sebelumnya, kepulangan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) juga disambut rakyat dengan diselubungi perasaan yang sama. Pembebasan aktivis GSF hasil kejayaan diplomasi lintas sempadan YAB Perdana Menteri dan kegigihan usaha pasukan peguam Malaysia, khususnya CENTHRA dan rakan guaman di Pusat Undang-Undang Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) serta peguam yang mewakili pelbagai negara mencatat sejarah penting bagi negara.

