Muhasabah Sesudah Ramadhan

Begitulah lumrah alam, yang datang pasti akan pergi. Tanpa disedari Ramadhan yang diberkahi dengan seribu macam keistimewaan telahpun meninggalkan kita. Mungkinkah kita diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang suatu yang belum pasti. Tetapi apa yang pastinya Ramadhan yang baru berlalu tentunya meninggalkan bekas untuk dikenang. Sama ada peninggalan bekas itu berkesan kepada…

Puasa Menjana Jatidiri Sejati

Sebagaimana yang telah ditakdirkan, sambutan Ramadhan tahun ini hanya sehari berbeza dengan sambutan hari kemerdekaan tanah air kita Malaysia. Namun, jika diamati dengan teliti ada sedikit persamaan antara keduanya. Sekiranya makna kemerdekaan itu sendiri boleh disimpulkan sebagai membebaskan tanah air, bangsa dan diri daripada belengu penjajahan, maka begitu juga dengan puasa di bulan Ramadhan sebagai…

Mendepani Cabaran Masa Kini Secara Islami

Sesungguhnya cabaran abad ke-21 terasa amat getir sekali kepada umat Islam, apatah lagi ianya datang dalam pelbagai bentuk serta menikam umat ini dari pelbagai sudut.  Cabaran itu pula bukan sahaja dari luar tetapi juga dari kalangan golongan Muslim sendiri.  Hasilnya dapat kita lihat hari ini apabila ada sebahagian golongan tersebut yang berpaut pada budaya yang tidak seiring…

Islam dan Budaya Kerja

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, 1 Mei disambut di seluruh dunia sebagai Hari Buruh Sedunia, dan tidak terkecuali Malaysia yang turut meraikannya saban tahun. Di Malaysia sambutan Hari Pekerja ini boleh diertikan hanya sebagai hari cuti umum untuk para pekerja di samping beberapa aktiviti yang berkaitan dengan tuntutan hak-hak pekerja. Suatu ketika dahulu para pekerja hanyalah…

Perencanaan Berkesan Minda Hijrah

Sebagaimana yang telah ditakdirkan, sambutan tahun baru 2008 tahun ini hanya berbeza beberapa hari sahaja dengan sambutan ma’al hijrah 1429H.Bagi mereka yang bersungguh-sungguh menyambut tahun baru, melangkah masuk ke tahun baru membawa banyak erti kerana ianya ibarat buku catatan baru hidup seseorang yang akan menjalani hidup untuk tahun seterusnya.Tahun baru boleh menjadi pendorong yang cukup…

Agama Islam dan Kesedaran Masyarakat

Agama Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Juga, agama Islam itu membawa nilai-nilai kemasyarakatan yang cukup bererti untuk memberi harapan terciptanya masyarakat yang adil, makmur dan sejahtera. Sayangnya, di sebalik kemurnian ajaran agama Islam itu, tahap kesedaran masyarakat umat Islam itu sendiri masih rendah. Rata-rata umat Islam kini kurang peka…

Rasuah : Terhakisnya Nilai Amanah Insan

Kebelakangan ini banyak kes rasuah di kalangan para pegawai tinggi kerajaan maupun di kalangan para pemimpin politik pemerintah telah didedahkan di negara ini.  Satu demi satu kes didedahkan, dan seorang demi seorang dikenali sebagai penjenayah rasuah.  Namun apakah tanggapan masyarakat terhadap perkembangan ini? Meskipun gejala rasuah ini telah meluas diperkatakan sejak berpuluh tahun yang lalu, namun kehangatan…

Puasa dan Tuntutan Bertaqwa

Sepertimana masa yang begitu pantas berlalu, begitu juga dengan bulan Ramadhan sudah pun hampir ke penghujungnya. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaan ini sudah pun hampir meninggalkan kita dengan meninggalkan pelbagai pertanyaan di manakah letaknya kedudukan puasa yang kita lalui, mantap atau lemah iman yang kita miliki, sejauh manakah keprihatinan kita…

Kemerdekaan dan Kemuliaan Ummah

Mengimbau perjuangan kemerdekaan tanahair suatu ketika dahulu akan mengingatkan kita kepada satu perjuangan untuk membina satu bangsa yang merdeka, terpimpin dan bebas dari segala belengu penjajahan. Berbanding dengan zaman sekarang, adakah perjuangan yang sedemikian masih lagi wujud atau sejauh manakah perjuangan tersebut masih lagi dihayati, dikenang dan diambil pengajaran daripadanya. Di saat kehangatan 50 tahun…

Memahami Intipati Kemerdekaan

Hanya beberapa hari sahaja lagi negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan, dan bagi tahun 2007 ini, ianya merupakan hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 50. Tempoh 50 tahun merupakan jangkamasa yang sudah memadai untuk mematangkan setiap warga yang merdeka dan pastinya Hari Kebangsaan kali ini sesuatu yang sangat bermakna dan satu kesempatan untuk kita…