Hubungan Islam dengan Sains dan Teknologi

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Sains wujud daripada…

Sains dan Sekularisme

Kekeliruan dan kegagalan umat Islam mempersatukan aqidah tauhid dengan sains dengan tepat mengakibatkan wujudnya gejala pemikiran sesat dan suasana yang tidak sihat di kalangan umat Islam sendiri. Hasilnya, sering timbul pertanyaan samada sains dan teknologi yang dikecapi oleh manusia moden hari ini mempunyai kaitan dengan Islam. Sebagai seorang Islam, persoalan sebegini perlulah dijawab dengan kembali…

Islam dan Kehidupan

Terdapat segolongan manusia yang berpendapat bahawa manusia dan alam dijadikan tanpa tujuan yang tertentu. Alam yang terbentang luas ini adalah terdedah kepada pengolahan manusia sesuai dengan tingkat ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Manusia dan alam dianggap seperti satu sistem yang bertindakbalas antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Pada pandangan mereka hidup hanyalah untuk keperluan…

Kejuruteraan Genetik: Di Mana Batasannya

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang. Dengan…

Islam, Sains dan Ummah

Kesyumulan yang ada pada Islam sememangnya tiada keraguan lagi. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Atas sebab kesyumulan inilah maka Islam mampu untuk berdepan dan menyelesaikan sebarang masalah. Kemampuan Islam bukan terhenti setakat itu sahaja, tetapi mampu pula membawa taraf hidup manusia itu jauh lebih baik daripada apa…

Ibadah dan Kesihatan

Semua di antara kita tahu bahawa sembahyang adalah merupakan perkara asas dalam agama Islam. Sembahyang boleh ditakrifkan sebagai, sebahagian daripada doa dan zikir serta amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh seorang hamba di hadapan Allah yang Maha Pencipta untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga. Oleh kerana hubungan ini lebih merupakan hubungan spiritual, maka para…

Pengurusan Bijak Alam Anugerah Tuhan

Di tengah kehangatan dunia memperkatakan tentang ancaman kepada planet bumi, ramai yang lupa atau enggan melihat semula kepada perkara asas dalam pemuliharaan alam sekitar iaitu “pengurusan alam sekitar.” Semenjak Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar Manusia di Stockholm pada tahun 1972 hinggalah ke Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam sekitar dan Pembangunan di Rio De Janerio…

Agenda Pembinaan Intelektual

Dalam persoalan membina intelektual muda yang bakal menerajui masa depan, semua pihak perlu memainkan peranan, tidak ada pihak yang boleh menyatakan mereka tidak terbabit dalam pembinaan masa depan. Dalam melihat agenda pembinaan intelektual ini, sudah pasti pendidikan adalah salah satu unsur yang penting. Dalam erti kata yang luas, ianya melibatkan ta’lim – proses penyampaian ilmu,…

Nilai Keintelektualan Sejagat

Pembangunan sepadu insan untuk melahirkan manusia intelek ialah pembangunan diri manusia yang mengharmonikan di antara pembangunan fizikal, mental, emosi dan rohaninya. Intelektual yang sempurna ialah insan yang membangun secara seimbang dari aspek pembangunan unsur-unsur tersebut. Kepincangan pembangunan bagi salah satu unsur tersebut dengan sendirinya menjejaskan kewibawaan manusia, dan dalam jangka panjangnya memberi kesan yang buruk…

Allah Tempat Pergantungan Segala Sesuatu

Ilmu sains adalah “Ilmu Allah” yang telah dianugerahkanNya kepada manusia untuk mencari keredhaanNya. Sains adalah ilmuNya yang Quddus apabila ia telah dibersihkan dari segala unsur-unsur yang palsu. Sesungguhnya inilah di antara tugas penting bagi sekelian para saintis Muslim dewasa ini, yang juga merupakan satu cabaran kepada umat Islam di negara kita Malaysia khasnya dan juga…