Usaha Bersepadu Atasi Krisis Kelestarian Biodiversiti

Krisis kelestarian biodiversiti merupakan isu global yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi menjamin kelangsungan pembangunan negara pada masa hadapan. Ia perlu diletakkan sebagai agenda dan fokus utama negara agar pengemblengan usaha secara bersepadu dapat dilakukan dalam menangani segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh sumber biodiversiti pada hari ini. Persoalan pokok kepada krisis yang…

Pembalakan Haram: Ibarat Mencurah Air ke Daun Keladi

Isu pembalakan haram seolah-olah tiada penghujung. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi membanteras dan menghentikan kegiatan berkenaan, namun ia masih juga berlaku. Malahan pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga ekosistem hutan telah dipromosikan secara giat baik di media massa mahupun di media elektronik bagi memastikan khazanah berkenaan terpelihara, namun ia hanya ibarat…

Natijah Melanggar Hukum Alam

Dimanakah silapnya apabila kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur berulang kembali di Cameron Highlands? Tidakkah kejadian seumpamanya yang berlaku sebelum ini sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang?  Lebih mengejutkan apabila dilaporkan bahawa lebih 60 peratus kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan hutan…

Kesedaran Terhadap Kepentingan Memelihara Ekosistem Hutan Perlu Dipupuk

“Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari” merupakan tema sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Sambutan ini saban tahun diraikan adalah bagi menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.  Namun demikian, berapa ramaikah daripada kita yang menyedari tentang sambutan ini dan mengambil peluang…

Kekalkan Momentum Ramadan

Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan telah berlalu meninggalkan kita. Namun persoalannya sejauh manakah bulan yang dikatakan sebagai madrasah terbaik ini telah mentarbiahkan kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya? Berjaya atau sebaliknya proses pentarbiahan ini adalah bergantung kepada sejauh manakah penghayatan kita dalam usaha melatih dan mengendalikan diri menjadi insan yang bertakwa.…

Peranan Bersama Atasi Krisis Bekalan Air

Krisis bekalan air merupakan suatu permasalahan yang perlu dipandang serius bukan sahaja semasa berlakunya krisis, bahkan tumpuan juga perlu diberikan terutamanya dalam mengenalpasti punca dan penyelesaian jangka pendek dan panjang yang perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berulang pada masa hadapan. Krisis air yang berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya melibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang sehingga…

Sisa Sifar: Pilihan Bijak Atasi Timbunan Sampah

Pengurusan sisa merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh kita pada hari ini. Sementelah lagi, dalam kerancakan pembangunan ekonomi yang kian pesat telah menyaksikan longgokan sisa buangan juga semakin bertambah. Ini pastinya menuntut perhatian yang lebih serius lagi daripada pihak pemerintah dalam menguruskan sisa agar tahap kebersihan alam sekitar  terus terpelihara. Dianggarkan secara purata, rakyat Malaysia…