Pengajaran dan Pembelajaran Sains Yang Menarik

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara” (Dasar Sains Negara). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.…

Menghayati Kepentingan Masa Di Bulan Ramadhan

“Masa itu emas”. Satu ungkapan yang seringkali disebut tetapi gagal difahami secara mendalam maknanya bagi kebanyakan orang. Ungkapan ini secara ringkasnya menunjukkan betapa masa itu penting dan perlu dihargai. Ini kerana satu-satu masa yang telah terlepas, tidak mungkin akan kembali semula. Kita sering mendengar ungkapan ‘janji Melayu’. Ungkapan ini sebenarnya memberi makna yang tidak baik…

Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat

Pada pandangan penulis, budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang…

Perihal Tenaga: Antara Tak Tahu, Buat-Buat Tak Tahu Dan Tak Nak Tahu

Kenaikan harga minyak di seluruh dunia memberikan kesan yang bukan sedikit. Seperti jangkitan penyakit, masalah ini seterusnya membawa pula masalah-masalah lain. Antaranya kenaikan harga barangan, kenaikan harga perkhidmatan, masalah kekurangan makanan, masalah alam sekitar dan sebagainya. Masalah-masalah ini wujud bagaikan satu kitaran dan sebagai satu kitaran yang kukuh, ianya amat sukar dipecahkan. Apabila meningkatnya harga…

Kesedaran Tentang Cabaran Akal Masyarakat Negara Membangun

Hasrat untuk membentuk masyarakat ‘minda kelas pertama’ di negara membangun seperti Malaysia tidak akan tercapai selagi cabaran terhadap akal masyarakat tidak dikenalpasti. Kita sering bercakap tentang pelbagai punca kepada kemunduran sikap masyarakat. Satu persatu punca disenaraikan tetapi hakikat kepada permasalahan masyarakat negara membangun masih tidak dapat dikenalpasti secara jitu. Ini kerana punca sebenar terletak pada…

Kini Masanya Menunaikan Janji

Pada tahun 2006, seorang penyelidik daripada University of Leicester telah menjalankan satu kajian berkenaan ‘kegembiraan’ (subjective wellbeing) di kalangan 80,000 responden dari seluruh dunia. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Denmark adalah negara yang paling “gembira” untuk dihuni, diikuti dengan Switzerland dan Austria. BBC News juga telah menjalankan satu kajian yang hampir sama, dan hasilnya menunjukkan…

Membina Insan Mencintai Ilmu

Minggu ini merupakan minggu kedua dalam tahun 2008. Rasanya masih belum terlewat untuk kita membicarakan salah satu perkara penting yang juga berkait dengan tahun baru iaitu permulaan musim persekolahan baru. Namun begitu, perbincangan ini tidak sama sekali merujuk kepada persediaan kebendaan oleh ibu bapa, para guru dan anak-anak dalam menghadapi musim baru persekolahan. Perbincangan yang…

Harapan Masyarakat Terhadap Pemimpin

Perhimpunan Agong UMNO baharu sahaja tamat. Namun masyarakat awam terutama orang Melayu masih lagi membicarakan tentangnya. Apa yang istimewa bagi perhimpunan kali ini adalah betapa dekatnya ia dengan pilihanraya umum yang sudah mulai terasa kehangatannya. Dalam perhimpunan tersebut dapat kita lihat barisan pemimpin Melayu masa kini. Pada bahu merekalah segala harapan kita letakkan bagi membawa…

Masalah Harga dan Gelagat Pengguna di Musim Perayaan

Masalah kenaikan harga barang begitu sinonim di bulan Ramadhan mahupun musim perayaan. Seperti lazimnya, masalah kenaikan harga barangan keperluan utama kembali dibualkan. Kali ini masalah harga ayam menjadi ‘juara’ bagi segala masalah berkaitan kenaikan harga barangan. Pun begitu, tidaklah boleh diabaikan masalah kenaikan harga tepung, gula dan ‘perang’ jualan murah yang begitu hebat melanda sempena…