Adil Dalam Permasalahan Guru-Pelajar

Paparan selesainya kes guru mendera pelajar di akhbar baru-baru ini bukanlah bermaksud masalah tersebut telah selesai sepenuhnya. Masalah ‘penderaan’ guru terhadap pelajar ini sebenarnya bukan sekadar ‘penderaan’ itu sahaja tetapi mesti dilihat dari kacamata yang lebih luas. Kacamata yang lebih luas ini termasuklah tentang hilangnya sikap hormat pelajar, ibu bapa dan masyarakat terhadap guru serta…

Persediaan, Perkara Penting Menghadapi Perubahan Kependudukan

Baru-baru ini penulis telah menghadiri satu persidangan tentang kependudukan. Hasil persidangan ini, penulis membuat kesimpulan umum bahawa ‘persediaan’ adalah unsur penting dalam menghadapi perubahan dari segi kependudukan di negara ini. Persediaan yang dimaksudkan di sini haruslah berlaku di peringkat negara mahupun orang perseorangan. Pada ketika ini, penduduk di Malaysia adalah terdiri daripada penduduk yang ‘muda’…

Pendidikan Alam Sekitar Berasaskan Agama

Rupa-rupanya, masih ramai Muslim di luar sana yang tidak mengetahui, hatta memahami bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah satu tanggungjawab agama. Inilah satu antara beberapa kesimpulan yang diperoleh daripada Seminar “Penjanaan Pendapatan untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula” anjuran IKIM, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar. Kenyataan ini membawa kepada beberapa cadangan…

Kurangkan Sisa Matlamat Semua Pihak

Hirarki pengurusan sisa negara kita melibatkan tiga komponen penting iaitu mengurangkan sisa (reduce), mengguna semula (reuse) dan mengitar semula (recycle). Antara tiga komponen ini, mengurangkan sisa merupakan komponen yang sangat penting. Namun malangnya, komponen ini tidak begitu dikenali atau dipromosikan berbanding komponen ketiga iaitu mengitar semula. Hasilnya, kebanyakan daripada masyarakat awam lebih biasa menyebut atau…

Memahami Hakikat Kajian Kemasyarakatan

Baru-baru ini, satu kajian yang menyentuh kemerosotan nilai akhlak remaja perempuan telah dijalankan. Hasil kajian ini menimbulkan tindakbalas yang berbeza-beza. Ada yang menerima dan mengakuinya. Anehnya, ada juga yang ‘terasa hati’ dan menganggap hasil kajian ini mempunyai kelemahan. Bagi penulis, kajian ini dan hasilnya bukanlah satu masalah. Apa-apa kajian yang dijalankan, tidak kira bagaimana kaedah…

Kejadian Alam dan Peringatan Kepada Manusia

Sesungguhnya di dalam al-Quran, manusia telah beberapa kali diperingatkan untuk tidak melakukan kerosakan ke atas muka bumi kerana perbuatan itu dibenci Allah SWT dan hanya merugikan manusia. Dan kini, kerapkali kita terbaca pelbagai laporan dan berita tentang kejadian pemanasan bumi sejagat dan kesan kejadian ini kepada kehidupan manusia. Menurut laporan Inter-government Panel on Climate Change…

Kuasai Ilmu Demi Mencipta Semula Kegemilangan Dunia Islam

Percayakah jika dikatakan bahawa satu negara yang kecil dari segi saiz dan bilangan penduduknya, mampu menakluk negara yang lebih besar (dari segi saiz dan bilangan penduduknya) atau menakluk dunia sekalipun? Dalam situasi dunia kini, hal ini berkemungkinan kelihatan mustahil. Pertamanya, penjajahan bukanlah satu fenomena biasa kini dan keduanya, negara yang kecil dijangkakan tidak mempunyai cukup…

Peluang Memperkenalkan Islam Melalui Pelancongan

Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM2007) bakal tiba tidak lama lagi. Pelbagai usaha memperkenalkan TMM2007 ini telah dijalankan kerajaan Malaysia sejak setahun lalu. Dalam masa yang sama pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang dirasakan perlu untuk menambah nilai Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan yang hebat telah turut dibangunkan.  Usaha ini dikira wajar kerana industri pelancongan merupakan industri…

Dunia Islam dan Kegersangan Ilmu

Hari ini 13 November 2006, penulis terbaca satu maqalah tulisan Riaz Hassan, seorang professor daripada Universiti Flinders, Australia. Maqalah di dalam akhbar berbahasa Inggeris tempatan itu di tempatkan di dalam satu ruang (column) yang kecil tetapi cukup menarik perhatian penulis. Bukan sahaja perhatian, maqalah tersebut turut menimbulkan banyak persoalan di hati penulis. Artikel bertajuk “Today’s…

Memberi Makna Baru Kepada Sambutan Aidilfitri

Umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tiga hari sahaja lagi.  Selepas diuji selama sebulan dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaran itu memang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau…