Malaysia Dan Pembangunan Tanpa Menjejaskan Alam Sekitar

Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan satu bentuk pembangunan yang ingin dicapai mana-mana negara di dunia ini. Namun, bercakap lebih mudah daripada melakukannya. Hingga kini pembangunan sering mendapat keutamaan dan alam sekitar terus-terusan menjadi mangsa pembangunan. Begitu ramai pengkaji yang menyetujui bahawa pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar sukar bergerak seiringan. Jika begitu, pembangunan tanpa menjejaskan…

Meningkatkan Imej Pertanian Dan Membina Masyarakat Tani

Pertanian merupakan satu kegiatan ekonomi yang telah memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Bidang pertanian sangat penting kerana peranannya dalam menyediakan makanan untuk penduduk. Dalam pada itu, sektor ini juga adalah pemangkin kepada sektor perindustrian negara. Oleh itu, untuk mencapai taraf negara maju, Malaysia tidak boleh menyisihkan sektor pertanian. Kemajuan dalam perindustrian semata-mata tidak akan menjamin…

Agama Asas Pekerja Berjenama Tinggi

Bulan Mei 2006 ini menyaksikan pelbagai sambutan hari istimewa dalam negara. Hari Pekerja mendahului sambutan hari-hari istimewa itu. Berkaitan dengan sambutan Hari Pekerja itu, elok juga kita hayati amanat yang telah disampaikan di Perhimpunan Hari Pekerja 2006 pada 13 Mei yang lepas. Dalam perhimpunan ini semua pekerja diminta untuk �menjenamakan semula diri bagi melahirkan contoh…

Kesedaran Elak Perang

Ketika ini, Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 sedang berlangsung di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC). Mungkin, ini kali pertama forum besar maknanya dalam soal keamanan dunia dibincangkan dan diadakan pula di Malaysia. Tujuan penganjuran forum ini sungguh jelas, iaitu untuk berbincang tentang keamanan dan mengutuk kekerasan serta peperangan. Bukan calang-calang tokoh yang dijemput untuk memberikan…

Membenci Peperangan dalam Sebuah Negara Aman

Ketika ini, Forum Keamanan Sejagat Perdana 2005 sedang berlangsung di PWTC. Mungkin, inilah kali pertama forum sebesar ini diadakan di Malaysia bagi membincangkan soal keamanan dunia. Tujuan penganjuran forum ini sungguh jelas, iaitu untuk berbincang tentang keamanan dan mengutuk kekerasan serta peperangan. Bukan calang-calang tokoh yang dijemput untuk memberikan pandangan tentang keamanan dan peperangan. Selain…

Sikap Sabar Asas Pemandu Berhemah

Untuk mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, kita perlu terlebih dahulu memahami masalah tersebut. Samalah halnya dengan masalah kemalangan jalan raya. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 6,223 terbunuh dalam kemalangan jalanraya dalam tahun 2004. Bilangan 200 daripada jumlah kematian itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan untuk menyambut Hari Raya. Manakala, 60 peratus daripada jumlah…

Umat Islam Dituntut Cipta Kekuatan, Bongkar Rahsia Ilmu

KEJAYAAN diharapkan dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun, kejayaan bukan terjamin setiap masa, tetapi setiap orang akan berusaha mencapainya. Dalam dunia penuh persaingan ini, mencapai kejayaan setiap masa bukan sesuatu yang mudah. Hanya mereka yang berkemahuan tinggi dan sedia berusaha gigih akan mengecapi kejayaan.  Mereka yang masih mencari apa yang diingini dan berfikir antara mahu…

Kebersihan Pelengkap Keimanan

APAKAH perkara yang boleh dibayangkan apabila perkataan ‘kotor’ disebut di hadapan anda? Pasti anda membayangkan sesuatu yang jijik, memualkan, berbau busuk, penyakit, kejatuhan imej dan banyak perkara buruk lain. Tidak ada sesiapa antara kita yang mahu digelar pengotor. Malah, jika gelaran ini dilemparkan, kita pasti marah dan geram. Namun, kenapa sikap suka mengotorkan ini masih…