Menghargai Air Sebagai Sumber Kehidupan

Air adalah sumber penting dalam kehidupan. Di dalam al-Quran, ayat 30, surah al-Anbiya’ (21), menjelaskan dengan maksudnya bahawa “…dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa kamu tidak mahu beriman? Ayat ini menunjukkan betapa air memainkan peranan yang penting dalam kejadian pelbagai makhluk Allah SWT dan untuk itu, makhluk tersebut juga berhajat terhadap air.…

Tanggapan Terhadap Sampah

Tahun 2015 adalah tahun yang penting untuk pengurusan sampah di Malaysia. Ini kerana, bermula September 2015, semua pemilik premis (kecuali di Selangor dan Pulau Pinang) diwajibkan mengasingkan sampah masing-masing. Hal ini tertakluk di bawa Akta 672 atau Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, yang telah mula digunapakai sejak 2011. Oleh itu, rakyat Malaysia harus…

Kelestarian: Daripada Faham Kepada Tindakan

Kelestarian secara umumnya membawa maksud pengekalan sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermakna, kelestarian ada kaitannya dengan usaha mengekalkan serta memelihara keaslian. Walaupun begitu, kelestarian dalam konteks yang lebih luas sewajarnya merangkumi bukan sahaja pengekalan tetapi turut menambahbaik keadaan sedia ada. Sering kali, faham kelestarian ini dikaitkan dengan bidang alam sekitar iaitu melalui konsep pembangunan lestari.…

Pendidikan, Kreativiti dan Ilmuwan Muslim

Pendidikan, formal atau tidak formal, merupakan salah satu sebab penting dalam usaha membentuk seorang individu yang kreatif. Oleh itu, jika kita menelusuri proses pendidikan yang dilalui pelbagai tokoh kreatif di dunia ini, pasti terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari. Dalam konteks tersebut, makalah ini membentangkan serba sedikit tentang proses pendidikan yang dilalui oleh tokoh-tokoh kreatif…

Hidup dan Peraturan, Bukan Gurauan

Pernahkah anda mengunjungi tempat-tempat awam yang sudah terpampang papan tanda larangan merokok tetapi, ada sahaja orang yang tanpa segan silu merokok di situ? Pernahkah anda melihat pemandu sambil lewa melanggar lampu isyarat atau memandu di lorong kecemasan? Biasakah kita melihat orang membuang sampah merata-rata termasuklah membuang sampah keluar daripada kenderaan mereka? Semua ini adalah contoh…

Kebanjiran Maklumat Dan Cabaran Kemerdekaan

Setiap hari kita menerima pelbagai maklumat. Ada maklumat yang baik dan tidak terkecuali, maklumat yang tidak baik. Kebanjiran maklumat akan membentuk cara berfikir. Keadaan ini seterusnya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku manusia. Oleh itu, peranan maklumat jangan dipandang enteng. Maklumat boleh digunakan untuk membentuk sebuah negara yang hebat atau menjatuhkan negara sehina yang mungkin. Bagi melihat…

Merebut “Tawaran” di bulan Ramadan

Sedarkah anda bahawa apabila tibanya Ramadan, umat Islam di negara ini dihambat dengan pelbagai tawaran? Cuba perhatikan di sekeliling anda. Tawaran jualan murah ada di merata tempat. Daripada makanan dan pakaian hinggalah kepada barangan perhiasan.Tidak ketinggalan iklan-iklan perabot kediaman. Tawaran-tawaran penurunan harga dan kadar faedah pembelian kereta untuk mereka yang mahu menukar kereta sempena musim…

Kerjasama Ahli Masyarakat dalam Pemuliharaan Alam Sekitar

Di dalam surah al-Maidah (5), ayat 2, disebutkan bahawa “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolongan-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” Ayat ini dengan jelas menunjukkan keperluan untuk umat Islam bekerjasama dalam melakukan kebaikan dan menghindarkan diri untuk bekerjasama dalam melakukan kejahatan. Kefahaman ini jugalah yang harus dipegang…

Memahami Kreativiti

Kreativiti merupakan perkataan yang sangat digemari masa kini. Frasa-frasa seperti individu kreatif, hasil kreatif, budaya kreatif, kreativiti dan inovasi, pembelajararan kreatif serta kreativiti dalam organisasi merupakan antara frasa yang kerap didengari. Namun, sejauh mana kita memahami kreativiti itu sendiri sering menimbulkan persoalan. Ini kerana makna kreativiti atau kreatif sering disalahanggap, disalahguna mahupun disalahtafsir. Apatah lagi…

Fahami Kesan Obsesi Pembelian dan Penggunaan Dengan Lebih Baik

Jarang sekali kita dapat mengelak daripada membeli. Setiap hari, ada sahaja yang perlu dibeli. Malah ketika ini, kita hidup dalam dunia penggunaan sehingga sudah sampai ke tahap obsesi, iaitu obsesi membeli dan mengguna sehingga melampaui tahap keperluan hidup. Setiap kali membeli, dapatkah kita melihat kesan-kesan daripada pembelian tersebut selain daripada kepuasan memiliki barangan itu? Pasti…