Muslim Perlu Rebut Peluang Menjaga Alam Persekitarannya

Dalam bahagian terakhir sebuah hadis berkaitan larangan bersikap sombong, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan.” (HR Muslim). Hadis ini secara umumnya memberitahu kita bahawa Allah suka kepada keindahan. Maka dengan itu, tidak hairanlah segala ciptaan-Nya juga indah. Oleh sebab itu, alam sekeliling tempat manusia berteduh ini…

Merdeka Bagi Seorang Muslim

Bulan Ogos merupakan bulan Kemerdekaan. Pada tahun ini, genap 56 tahun Malaysia merdeka. Jika seorang manusia, usia 56 tahun, bukan satu usia yang muda. Pada usia ini, sewajarnya manusia itu telah memiliki kematangan tertentu untuk mengemudi hidupnya. Begitu juga bagi sebuah negara, pada usia kemerdekaan itu, sepatutnya segala perkara yang berlaku dalam negara ini, boleh…

Pencetus Perubahan Masyarakat

      Dalam sejarah ketamadunan Islam, terdapat begitu ramai ilmuwan-ilmuwan yang telah meninggalkan impak yang besar terhadap perubahan dunia. Siapa yang tidak kenal pada nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Al-Jazari, Al-Ghazzali serta Al-Khawarizmi. Nama-nama yang disebutkan ini hanyalah sebahagian daripada barisan ilmuwan yang cukup terkenal dan telah membawa perubahan sama ada dalam bentuk…

Manusia Miskin Iman, Alam Jadi Mangsa

Ketika melihat paparan gambar-gambar hutan yang gondol baru-baru ini, sepantas kilat penulis teringat kepada ayat 41, surah Ar-Ruum (30) yang antara lainnya menyebut “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia…” Sememangnya, hanya manusia yang berkeupayaan melakukan kerosakan terhadap alam ini. Haiwan…

Libatkan Agama Dalam Pemuliharaan Alam Sekitar

Lihat di sekeliling kita. Satu persatu masalah alam sekitar boleh kita kenalpasti. Daripada masalah yang bersifat tempatan seperti banjir, tanah runtuh dan peningkatan jumlah sampah hinggalah kepada masalah alam sekitar bersifat merentasi sempadan seperti jerebu dan hujan asid, semuanya membelenggu kehidupan moden kini. Tidak ketinggalan masalah alam sekitar yang bersifat global misalnya masalah penipisan ozon…

Ada Kaitankah Isu Bioetika Kepada Masyarakat

“Saya mahukan zuriat, bolehkah kaedah ibu tumpang membantu saya? Ibu saya sudah lama koma, saya mahu melihat kesakitan ibu ditamatkan? Isteri saya telah mengalami keguguran dan doktor mahu menjalankan penyelidikan ke atas janin, bolehkah saya memberikan keizinan? Saya memerlukan buah pinggang bagi menggantikan buah pinggang saya yang rosak teruk dengan segera, bolehkah saya membelinya? Apa…

Kerjasama Ke Arah Minat Sains Yang Mendalam

Jika membaca akhbar-akhbar utama negara, berita-berita tentang bajet 2012 dan PRU 13 merupakan antara berita yang mendapat perhatian. Apakan tidak, kedua-duanya, secara langsung atau tidak amat berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Namun, mari kita berehat sebentar dan alihkan perhatian terhadap perbincangan yang lain pula. Perbincangan yang dimaksudkan ialah tentang dunia sains, yang sebenarnya penting…

Merancang Pengisian Ramadan

Cuba kembalikan ingatan pembaca kepada hari-hari terakhir Ramadan yang lepas. Bawakan diri pembaca kepada saat itu. Bayangkan diri anda berada dalam suasana hari-hari terakhir Ramadan itu. Ingatkah betapa hiba dan sayunya perasaan kita kerana Ramadan bakal pergi? Bagi yang benar-benar menghayati bulan mulia itu, terasa betapa Ramadan begitu cepat berlalu. Terasa begitu banyak yang tidak…

Pemimpin Muslim Yang Baik Tidak Mencela

  Apabila golongan pemimpin mula mencela, maka apakah yang cuba ditunjukkan atau diajarkan kepada golongan rakyat bawahan? Kecenderungan golongan pemimpin masa kini, terutamanya pemimpin Muslim, menggunakan kata-kata kesat untuk menjatuhkan lawan masing-masing sangat dikesali. Perbuatan itu amat memalukan, merendahkan martabat diri dan mengundang perbalahan dan permusuhan yang tiada titik penghujung.  Lebih hina lagi apabila tindakan itu…