Sambutan Aidilfitri dan Pengukuhan Persaudaraan

Satu Syawal akan tiba beberapa hari lagi. Ketibaan hari yang mulia itu membawa penulis kepada kenangan sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa di perantauan. Ketika itu, terdapat dua perkara yang dapat penulis perhatikan. Pertamanya, kesedihan pelajar di perantauan menyambut hari raya tanpa keluarga. Keduanya, kegigihan pelajar di sana memastikan hari tersebut dapat disambut bersama rakan-rakan walaupun dengan segala…

Perbetulkan Salah Faham Amalan “Saya Yang Menurut Perintah”

“Saya yang menurut perintah” merupakan satu amalan yang begitu sebati dipegangkan dalam sektor awam. Frasa ini difahami dan diamalkan secara menyeluruh, baik di peringkat jawatan rendah mahupun yang tinggi. Pastilah ada sebabnya kenapa frasa ini begitu sinonim dengan panjawat awam. Bagi penulis sendiri, frasa ini mempunyai tujuan yang baik iaitu untuk melancarkan kerja dan memastikan…

Adakah Pelajar Lemah Diktiraf Dalam Sistem Pendidikan Negara?

Pendidikan adalah sangat penting. Kenyataan ini dipersetujui oleh semua pihak. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pada setiap masa, dunia pendidikan negara mendapat perhatian yang tinggi. Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki sistem pendidikan negara. Namun, sehingga kini, usaha untuk merealisasikan pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya. Rungutan-rungutan yang…

Perubahan Sikap Penjawat Awam Kunci Perkhidmatan Awam Yang Mantap

Pertemuan YAB Perdana Menteri dengan kakitangan awam baru-baru ini adalah satu saat yang ditunggu-tunggu. Ini kerana, kakitangan mahupun orang awam ingin mengetahui apakah bentuk pembaharuan perkhidmatan awam yang akan dicadangkan beliau. Dalam pertemuan tersebut, YAB Perdana Menteri telah mencadangkan agar pegawai-pegawai sektor swasta (terutamanya dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC) diserapkan ke perkhidmatan awam dan…

Kerjasama Dalam Pendidikan Sains

Sedar atau tidak, soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasuk dalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapan ibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata. Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnya bermula di rumah. Seterusnya, minat…

Ibu, Bukan Hanya Sekadar Melahirkan Anak

Dalam pandangan hidup Islam, wanita dikhususkan kedudukan yang mulia. Kedudukan yang mulia ini menjadi lebih bermakna apabila mereka menjadi seorang ibu. Mulianya taraf seorang ibu dalam pandangan hidup Islam tidak boleh dipertikaikan lagi. Di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi, terdapat banyak tuntutan dan nasihat supaya memuliakan ibu. Hinggakan ke satu tahap, kelayakan insan untuk diterima…

Pengajaran dan Pembelajaran Sains Yang Menarik

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara” (Dasar Sains Negara). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.…

Menghayati Kepentingan Masa Di Bulan Ramadhan

“Masa itu emas”. Satu ungkapan yang seringkali disebut tetapi gagal difahami secara mendalam maknanya bagi kebanyakan orang. Ungkapan ini secara ringkasnya menunjukkan betapa masa itu penting dan perlu dihargai. Ini kerana satu-satu masa yang telah terlepas, tidak mungkin akan kembali semula. Kita sering mendengar ungkapan ‘janji Melayu’. Ungkapan ini sebenarnya memberi makna yang tidak baik…

Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat

Pada pandangan penulis, budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang…

Perihal Tenaga: Antara Tak Tahu, Buat-Buat Tak Tahu Dan Tak Nak Tahu

Kenaikan harga minyak di seluruh dunia memberikan kesan yang bukan sedikit. Seperti jangkitan penyakit, masalah ini seterusnya membawa pula masalah-masalah lain. Antaranya kenaikan harga barangan, kenaikan harga perkhidmatan, masalah kekurangan makanan, masalah alam sekitar dan sebagainya. Masalah-masalah ini wujud bagaikan satu kitaran dan sebagai satu kitaran yang kukuh, ianya amat sukar dipecahkan. Apabila meningkatnya harga…