Jalan Penyelesaian Memperkaya Sumber Ekonomi Umat Islam

Populasi umat Islam di negara kita adalah yang terbesar mencecah 61.3 peratus. Walaupun peratusannya terbesar namun kekayaan yang dimiliki oleh umat Islam masih lagi kurang memberangsangkan. Ini ditambah dengan kadar kemiskinan ummah masih mencecah 5.3 peratus manakala kaum Cina misalnya hanya 0.6 peratus. Persoalannya mengapa keadaan ini berlaku? Adakah kekayaan itu tidak diagihkan sama rata…

Mendidik Diri Bersederhana Meraikan Syawal

Alhamdulillah pada hari ini umat Islam telah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadan. Ini bermakna seluruh umat Islam akan meraikan kedatangan bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri beberapa hari saja lagi.  Tentunya kita selaku umat Islam berasa seronok dan gembira dengan kedatangannya dan berasa sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatannya. Di…

Ubah Sikap dan Ketatkan Kemudahan Pinjaman Elak Berhutang

Agak mengejutkan apabila Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisyhtiharkan bankrap pada tahun 2009. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah disebabkan pendapatan bulanan yang diterima tidak mampu untuk memenuhi keperluan hidup mereka? Atau apakah ini disebabkan oleh sikap individu yang tidak cukup dengan apa yang dimiliki hingga sanggup membuat pinjaman di sana sini sekadar…

Peranan Pekerja Laksanakan Amanah

Baru-baru ini, timbul satu kenyataan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, yang menyatakan bahawa seramai 6,133 penjawat awam yang bermasalah dalam tahun 2009 berbanding seramai 5,344 pada tahun 2008. Peningkatan peratusan sebanyak 14.76 peratus memberi gambaran bahawa tahap integriti dan disiplin pekerja semakin menurun dan merosot. Adakah kemerosotan ini berpunca daripada diri pekerja itu atau sebaliknya?…

Benarkah Remaja Kita Bermasalah

Apabila menyebut perkataan remaja ramai yang meletakkan satu tanggapan bahawa remaja adalah golongan yang bermasalah dan memberikan banyak permasalahan kepada masyarakat. Jarang sekali kita mendengar dalam kalangan masyarakat menyebut tentang kehebatan, kelebihan dan kebaikan yang ada pada remaja. Benarkah remaja hari ini banyak mendatangkan masalah? Persoalan tersebut mungkin ada kebenarannya. Melihat kepada data statistik yang…

Keterbukaan Sikap Pendorong Kelincinan Organisasi

Keterbukaan sikap merupakan salah satu corak komunikasi kepimpinan yang penting. Dalam konteks organisasi pemimpin yang mempunyai sikap terbuka dapat memperlihatkan kesanggupan untuk menerima teguran yang membina, bersedia untuk mendengar dan menerima pendapat, mudah diajak berbincang dalam segala masalah serta bersedia berkongsi maklumat berkaitan tugas. Malah perkongsian itu bukan sekadar kesediaan pemimpin mendengar  pandangan atau buah fikiran…

Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi jayakan RMKe-10

Sepuluh idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada idea tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang. Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk kepada pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari…

Pembudayaan Inovasi dan Kreativiti dalam Organisasi

Malaysia telah menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti. Penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti terutama di peringkat nasional amat penting kerana ia menggalakkan daya saing negara. Tahun Inovasi ini bukan sekadar slogan, namun pengertian inovasi amat luas dan perlu diterjemahkan dalam seluruh aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Barangkali ada…

Tukar Kerja Atau Tukar Sikap Terhadap Kerja Dalam Organisasi

Sedarkah kita kejayaan dalam bidang kerjaya adalah bermula daripada sikap kita terhadap kerja yang dilakukan.  Sikap ditakrifkan sebagai penilaian mengenai diri dan alam sekeliling hasil dari pemikiran dan perasaan mengenai sesuatu perkara seterusnya terpancar pada perbuatan dan perkataan. Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka,  menyatakan bahawa 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap, …

Amanah Asas dalam Diri Pekerja

Setiap pekerja mempunyai amanah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Bagi pekerja Muslim, memelihara amanah yang diberikan adalah satu tanggungjawab maka hendaklah ditunaikan dengan sebaik–baik mungkin dan tidak menyalahgunakannya sama sekali. Jika kita seorang majikan sesebuah organisasi, maka kita perlu memiliki amanah untuk memelihara kebajikan pekerja termasuk membayar gaji atau upah bersesuaian dengan kebolehan serta…