Tuntutan Halalan Toyyiban Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud;  pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak. Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa…

Perpaduan Kaum Di Malaysia : Mengharap Sinar Di Hujung Terowong

Malaysia, Truly Asia. Itulah yang diungkapkan oleh Tourism Malaysia untuk menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kumpulan-kumpulan kaum yang lain hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara…

Melemahkan Yahudi dan Amerika Syarikat Menerusi Kekuatan Kepenggunaan dan Kuasa Ekonomi

Hati sangat sayu tatkala melihat gambar-gambar penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman tentera Israel. Jika sebelum ini mereka membina tembok menyekat pergerakan penduduk Gaza dan menafikan bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin, sekarang Israel semakin bernafsu untuk terus melakukan ‘pembersihan etnik’ penduduk Palestin melalui kekuatan ketenteraan. Pada masa yang sama, timbul rasa jelek dengan…

Ramadhan Bulan Meningkatkan Produktiviti

Sebagaimana yang kita tahu bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain.. Al-Quran ada menyentuh tentang perkara ini. Antaranya ialah tentang kelebihan malam lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Selain itu banyak hadis nabi yang turut menyatakan tentang kelebihan bulan Ramadhan ini terutamanya dari segi pahala amal ibadat yang dilipatgandakan…

Piawaian Halal Sistem Pengurusan Kualiti Pemangkin Kepada Peningkatan Pencapaian Syarikat

The International Organization For Standardisation (ISO), iaitu badan pembangunan piawaian antarabangsa yang turut mempunyai rangkaian hubungan  dengan 157 buah institusi piawaian kebangsaan di seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia mengunakan perkataan piawaian (standard) sebagai satu istilah untuk merujuk kepada usaha bagi menjadikan kehidupan lebih mudah menerusi peningkatan mutu barangan dan kecekapan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Manakala dari segi…

Keadilan Dan Kebertanggungjawaban Dalam Mentadbir Negara

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz (63h-101h) hanya sempat memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Bani Ummayah untuk selama 2 tahun setengah sahaja. Bagaimanapun dalam tempoh yang singkat, Khalifah Umar berjaya mengubah dasar pemerintahan yang bersifat kebangsaan dan perkauman kepada sebuah kerajaan yang berpaksikan nilai agama Islam yang tulen. Rakyat pula berjaya menikmati kemakmuran ekonomi sehinggakan pada zaman…

Jaminan Makanan Untuk Keselamatan Negara

Di dalam Surah al-Anfal ayat ke-60, Allah memperingatkan kaum Muslimin supaya sentiasa bersiap sedia dengan segala bentuk kekuatan ketenteraan bagi menghadapi ancaman musuh. Matlamat akhir arahan ini bukan untuk menegaskan bahawa agama Islam suka akan peperangan. Sebaliknya ia lebih kepada arahan berusaha untuk menimbulkan rasa kegerunan di hati pihak musuh yang mungkin memulakan melancarkan tindakan kekerasan ke…

Rasuah Dan Babi : Tanggapan Berbeza Tetapi Hukum Tetap Sama

Sehari dua ini haiwan babi mendapat perhatian yang meluas daripada masyarakat berikutan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan haiwan tersebut di Sepang yang membabitkan pelaburan RM100 juta. Sama dengan kes ternakan babi di Paya Mengkuang, pelbagai pihak memberi maklum balas masing-masing temasuklah ahli politik. Apa yang jelas, kebanyakan mereka menyatakan kekesalan atas kelulusan yang dibuat…

Menzahirkan Faham Kemanusiaan Menerusi Pinjaman Kecil Tanpa Faedah Wakaf Tunai

Faham kemanusiaan merupakan satu unsur penting yang terdapat di dalam ajaran agama Islam.  Pelaksanaan faham kemanusiaan di dalam ajaran agama Islam wujud dalam bentuk wajib dan juga sunat. Akan tetapi, jika kita berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w., ia banyak muncul dalam bentuk suatu kewajiban yang setaraf dengan arahan pelaksanaan solat, puasa mahupun haji.…