Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada  pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa…

Berkorban Untuk Kemakmuran Negara

Pensyariatan ibadat korban sempena perayaan ‘Idul Adha atau Hari Raya Haji adalah bersusur galur kepada peristiwa pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s ke atas anaknya Nabi Ismail a.s. Dengan kata lain, peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s menjadi asas kepada pensyariatan ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam pada Hari Raya…

Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan

Kita sering mendengar ungkapan (cliché) “kenaikan harga ini adalah minima dan tidak membebankan rakyat” atau “kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan dan rakyat perlu berjimat cermat, jangan membazir” keluar daripada mulut para pemimpin negara setiap kali berlaku kenaikan harga sesetengah barangan atau perkhidmatan. Ungkapan-ungkapan ini dijangka akan kembali kedengaran memandangkan harga minyak di pasaran dunia…

Sejauhmana Corak Berbelanja Kita Selaras Dengan Anjuran Agama Islam?

Kita perlu berbelanja untuk memenuhi keperluan harian. Ini adalah satu hakikat yang perlu kita akui bersama kerana manusia secara bersendirian memang tidak mampu untuk menyediakan semua perkara yang diperlukannya. Memang kita perlu berbelanja. Akan tetapi sejauh manakah corak kita berbelanja ke atas barang-barang dan perkhidmatan selaras dengan ajaran agama Islam? Dalam suasana musim perayaan sepertimana…

Integriti Pemimpin Penting Untuk Pengisian Kemerdekaan Yang Hakiki

Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang! Itulah antara sebaris ayat yang terdapat di dalam sebuah iklan sempena hari kemerdekaan yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan. Memang benar, kemajuan hanya dapat dicapai jika kita bergerak maju ke hadapan. Akan tetapi ini bukan bermakna kita boleh mengabaikan sejarah lampau yang pernah kita lalui. Ini kerana sejarah…

Wakaf Tunai : Pendekatan Terbaik Untuk Mewakafkan Harta Masa Kini

Dr. Murat Cizakca di dalam tulisannya yang bertajuk A History of Philantrophic Foundations: The Islamic World From The Seventh Century to The Present menyatakan bahawa semasa zaman pemerintahan Ottmaniah di Turki dahulu, amalan wakaf tunai telah berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Pada masa tersebut, sumbangan…

Skim Perbankan Islam : Sejauh Mana Ia Menepati Kehendak Syariah?

Pengalaman berurusan dengan Cawangan Perbankan Islam sebuah institusi perbankan terbesar negara bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah baru-baru ini telah sedikit sebanyak mengundang persoalan di benak penulis akan sejauh manakah Skim Perbankan Islam (SPI) di Malaysia menepati apa yang dikatakan sebagai perbankan berlandaskan Syariah yang bebas daripada unsur-unsur riba dan unsur-unsur lain yang dilarang oleh agama…

Membudayakan Inovasi

Inovasi merupakan salah satu pra syarat utama bagi sesebuah syarikat dapat bertahan di dalam sesuatu perusahaan. Persaingan di peringkat antarabangsa yang dimangkin oleh proses pensejagatan ekonomi telah menyebabkan peningkatan kemunculan sesuatu inovasi berlaku pada kadar yang pantas sekali. Justeru, jangka hayat sesuatu produk dan perkhidmatan menurun dan pengguna telah menjadi terbiasa dengan penambahbaikan produk atau…