Hadapi Pilihan Raya Secara Bertamadun

TERLEPAS daripada perasaan sebarang prasangka, dan mempersoalkan niat seseorang, maka kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberikan ”ilham” kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan tarikh pilihan raya negara yang kesepuluh. Dengan terjawabnya tanda tanya yang selama ini bersarang di kepala kebanyakan orang, terutamanya orang-orang yang berkepentingan, maka yang tinggal ialah…

Belanjawan Penyayang dan Pengurusan Bijak

BELANJAWAN yang dibentang oleh kerajaan dua minggu lalu merupakan belanjawan penyayang dengan ganjaran dan imbuhan yang perlu dan sesuai dengan individu, masyarakat dan institusi-institusi yang tertentu. Banyak pihak merasa lega dan menghargai belanjawan itu yang memberikan kadar perbelanjaan yang lebih selesa untuk menghadapi tekanan hidup yang lebih mendesak. Pada saya dua sektor yang diberikan perhatian…

Hala Tuju Pendidikan Islam

KONSEP pendidikan Islam seperti yang pernah dihayati oleh masyarakat Islam pada zaman kegemilangannya telah dibincang dan dibicarakan dengan mantap oleh para sarjana Islam yang menghadiri Kongres Pendidikan Islam Sedunia yang diadakan di Mekah pada tahun 1977. Di dalam kongres itu telah dibicarakan tentang isu-isu pendidikan Islam bermula dari konsepnya secara menyeluruh, membawa kepada penerbitan buku-buku…

Perjuangan Islam Secara Aman

BANYAK peristiwa berdarah yang sedang berlaku di dalam dunia pada hari ini yang melibatkan negara dan orang Islam. Peristiwa ini sesungguhnya amat mendukacitakan kita, kerana ia berlaku ketika dunia sedang berada di akhir abad dan di akhir alaf yang telah menyaksikan kebangkitan negara Islam dan umat Islam membebaskan diri daripada penjajahan politik dan ekonomi, sungguhpun…

Pengajaran dari Abad Dua Puluh

ABAD dua puluh menyaksikan kehancuran dan kebinasaan yang amat dahsyat dalam sejarah umat manusia. Dalam bidang sosial dan politik dunia menyaksikan kehilangan nyawa kira-kira 200 juta manusia, lelaki, perempuan, tua, muda dan anak-anak kecil akibat daripada pertelagahan ketenteraan, peperangan, dan konflik politik yang membawa kepada pembunuhan. Sekurang-kurangnya tiga jenis peperangan besar yang menghancurkan nyawa dan…

Kongres dan Kemelut Pemikiran Melayu

Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat yang diadakan di ibu kota baru-baru ini telah mendengar perbincangan secara berterus terang dan agak teliti tentang banyak isu yang menyentuh daya pemikiran, budaya dan ciri-ciri lain yang membentuk mind-set kaum bumiputera, khususnya orang Melayu. Malahan bengkel tujuh yang membicarakan isu agama dan budaya sebagai asas membina insan bumiputera yang berdaya…

Pendidikan Agama Alaf Baru

Dalam menghadapi cabaran alaf baru, umat Islam haruslah merancangkan agendanya yang lebih bercorak futuristic, iaitu berdasarkan kepada perkembangan dan pembangunan yang bakal berlaku pada alaf baru itu. Menjelang akhir-akhir abad ini pun, kita dapat melihat bahawa cabaran baru yang dihadapi oleh umat Islam ialah dalam bentuk cabaran ilmu pengetahuan, sains dan teknologi serta persaingan ekonomi.…

Benarkah Kita Telah Merdeka?

Salah satu belenggu yang dihadapi oleh negara-negara yang telah terlepas dari genggaman penjajahan ialah belenggu penjajahan pemikiran yang tetap masih mencengkam tengkok rakyat. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dalam bidang politik, tetapi seringkali terdapat rakyat yang tidak sama sekali dapat melepaskan dirinya dari penjajahan pemikiran dan mental yang masih diwarisinya dari penjajahan. Negara kita…

Semangat kemerdekaan dan nilai-nilai murni

Buku cenderamata Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 menekankan falsafah pembangunan Putrajaya berdasarkan hubungan tiga hala antara manusia dengan Penciptanya, antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan. alam sekitar. Dr. Ponlos Mar Gregorios Presiden The Inter-Religious Federation for World Peace (Persekutuan Antara Agama Untuk Keamanan Sejagat) dalam kata-kata aluan ketika melancarkan Kongres Realizing the…