Terharu dengan Pengakuan Pemimpin

SATU sifat baginda Rasulullah s.a.w yang amat wajar diteladani dalam menghadapi zaman-zaman gawat dan resah gelisah yang melanda masyarakat kita kini, pada pandangan saya ialah sifat memaafkan kesalahan orang lain dan bertolak ansur ketika menghadapi kerenah manusia. Dalam sejarah baginda Rasulullah s.a.w tercatat satu peristiwa yang penuh dengan keagungan rasa hati dan membangkitkan emosi manusia…

Masa Hadapan Cerah untuk yang Berilmu

DALAM Islam tidak wujud sebarang pertikaian tentang kepentingan ilmu. Allah s.w.t menjelaskan tentang perbezaan orang yang berilmu dan yang tidak berilmu, baik dari segi status, lebih bertakwa kepada-Nya dan berbagai-bagai ungkapan lain secara terang dan berkiasan bagi menunjukkan kelebihan orang yang berilmu mengatasi orang jahil. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan tentang kepentingan mencari ilmu dan hukumnya…

Bukan Alam Fantasi Lagi

DALAM kegawatan moral dan krisis nilai yang melanda masyarakat dunia sekarang, kita kadang-kadang merasakan diri kita sedang berada di dalam sebuah panggung wayang dan sedang menyaksikan lakonan manusia yang serba ragam, yang baik, yang jahat, yang suci bersih dan kotor lagi cemar. Saya merasa kita sedang menyaksikan ragam manusia itu melalui lakonan. Ini kerana banyak…

Wakaf, Zakat Kikis Sifat Tamak

SEMINAR Waqaf yang diadakan di Johor Bahru pada 18 Jun lalu adalah amat sesuai dengan masanya. Ketika manusia dan dunia seluruhnya sedang giat bersaing untuk kepentingan diri dan gelojoh dengan sifat kebendaan melulu tanpa batasan, maka wajarlah pembicaraan tentang ajaran agama yang mempunyai hubungan dengan sifat tamak dan haloba manusia itu diulangkan perdebatannya. Umat Islam…

Membangun Pendidikan Islam Cara Sepadu

DALAM tulisan saya dua minggu lalu, saya menyatakan bahawa pembangunan pendidikan Islam di negara kita telah berjalan dengan lancar dan sistematik. Jika dilihat kepada angka pelajar di institusi pendidikan agama di segala peringkat maka bilangannya telah meningkat ke angka ratusan ribu. Bilangan pelajar agama yang agak besar ini memberikan gambaran yang jelas bagaimana para ibu…

Punca Krisis Pemikiran Negatif

SEORANG teman e-mel menulis kepada saya minggu ini bertanyakan satu soalan: “Kenapa dan mengapa hanya kita sahaja yang perlu memahami atau menjaga dan menghormati hati dan perasaan orang lain, sedangkan orang lain tidak pernah cuba untuk memahami hati dan perasaan kita…?” Kebetulan pula pada hari yang sama saya terdengar jawapan seorang penceramah TV ruangan pagi…

Aliran Agama Jejaskan Bidang Sains

MENGIKUT statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, pada tahun 1997 terdapat 27,658 orang pelajar yang memasuki sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), iaitu sekolah yang dianjurkan oleh kementerian tersebut. Bilangan ini bertambah menjadi 29,898 pada tahun 1998 dan 31,388 pada tahun 1999. Bilangan ini tentulah menjadi berlipat ganda sekiranya terdapat lebih banyak bilangan SMKA yang ditubuhkan…

Manfaatkan Anugerah yang Disediakan

KADANG-kadang manusia hanya mempunyai peluang untuk seketika sahaja dalam hidupnya. Oleh itu apabila peluang terbuka itu tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya, maka mungkin ia akan terus terlepas. Sebab itulah al-Quran banyak sekali memberikan peringatan kepada kita tentang segala kemudahan daripada kejadian yang disiapkan untuk kita oleh Allah s.w.t. supaya kita sentiasa memanfaatkannya. Satu perkataan penting yang…

Berjihad Menentang Kelemahan Sendiri

KETIKA membicarakan tajuk jihad dalam ruangan ini minggu lalu, saya telah tegaskan bahawa pengertian jihad itu haruslah difahami dengan sebaik-baiknya oleh orang Islam agar pelaksanaan jihad itu tidak disalahertikan. Satu perkara yang jelas, jihad dalam pengertian berperang sabil tidak timbul sama sekali dalam masyarakat sesama Islam. Sebab itulah golongan Islam yang mendakwa bahawa mereka melancarkan…

Pengertian Berjihad Sesama Islam

TERDAPAT banyak kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pengertian jihad. Kekeliruan pertama ialah tentang makna jihad itu sendiri yang sering dimengertikan sebagai peperangan mengangkat senjata yang membawa kepada pertumpahan darah dan pembunuhan. Yang kedua ialah tentang golongan yang menjadi sasaran jihad atau golongan yang harus diperangi itu. Ketika berlaku krisis Perang Teluk yang melibatkan dua…